Bekas Isteri Teruk Dihentam Netizen, Fizo Omar Dah Maafkan Mawar Karim

Hiburan

Bekas Isteri Teruk Dihentam Netizen, Fizo Omar Dah Maafkan Mawar Karim

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar meluahkan rasa simpati terhadap apa yang dihadapi bekas isteri, Mawar Karim yang dihentam teruk oleh netizen gara-gara tindakannya berkongsi luahan perasaan mengenai anak mereka, Wan Maryam di Instagram baru-baru ini.

Ujar Fizo, dia menghormati pandangan Mawar mengenai isu tersebut dan telah pun memaafkan bekas isterinya itu.

Advertisement

Tambahnya, dia akui berasa kesal apabila dakwaan seperti itu muncul dari pihak Mawar sehingga ibu kepada anaknya itu teruk dikecam oleh warga maya.

Ramai netizen yang ‘bantai’ Mawar. Jadi apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikecam, saya simpati dengannya. Apa pandangan dia, saya hormati.

Kata pelakon drama Maaf Tak Indah itu lagi, dia tidak menerima tempias yang terlalu teruk kerana mengambil pendekatan ‘tidak ambil peduli’ di samping sibuk bekerja.

Mawar KarimSumber : Instagram Mawar Karim  

Saya maafkan Mawar, kerana dia mungkin terlalu beremosi atau mungkin ada salah faham.

Dalam pada itu, Fizo memohon netizen di luar sana agar berhenti mengecam dan menghukum Mawar di atas tindakan melulunya itu.

Dia juga berharap agar peminat di luar sana bersikap lebih bersangka baik kerana Mawar adalah ibu kepada anak mereka.

Terdahulu, Mawar menzahirkan perasaan sedih di Instagram Story apabila melihat anaknya, Wan Maryam yang didakwa duduk bersendirian di sebuah taman tema Johor Bahru ketika bercuti bersama-sama Fizo dan isteri, Fazeera Nazri.

Foto memaparkan Wan Maryam berdiri keseorang itu difahamkan telah dikirim oleh seorang pengguna media sosial Mawar.

mawar
2 years ago

"Maryam Sendiri Cakap 'Sad'" - Mawar Karim Risau Anak Mengadu Lepas Bercuti Dengan Fizo Omar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...