“Orang Nak Isi Minyak Pun Susah” – Bersesak Semata Nak ‘Ootd’, Pam Minyak ‘Viral’ Diserbu Polis

Kehidupan

“Orang Nak Isi Minyak Pun Susah” – Bersesak Semata Nak ‘Ootd’, Pam Minyak ‘Viral’ Diserbu Polis

Baru-baru ini tular, lokasi yang menjadi tarikan orang ramai untuk mengambil gambar iaitu di sebuah pam minyak yang dipercayai terletak di Genting Highland.

Kehebatan kuasa ‘viral’ memang tidak dapat disangkal lagi apabila lokasi tersebut sekelip mata terus menerus menjadi tumpuan pengunjung oleh kerana lighting daripada stesen minyak yang unik pada waktu malam berwarna merah dan biru. Ditambah kabus-kabus yang tebal sememangnya menjadikan lokasi ini tempat untuk pengunjung feeling seperti berada didalam permainan video game.

Advertisement

Namun, selepas lokasi berkenaan viral, orang ramai berpusu-pusu memenuhi perkarangan stesen minyak semata-mata untuk mengambil gambar sehinggakan menyukarkan orang lain yang datang untuk mengisi minyak.

genting

Menerusi satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok, stesen minyak itu turut diserbu oleh pihak polis yang meminta agar orang ramai yang tidak berkeperluan untuk segera bersurai akibat terlalu sesak.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pengunjung yang hanya pentingkan diri sendiri.

“Hah bagus, punya lah susah nak isi minyak sebab ramai sangat,” tulis seorang netizen.

“Aku nak isi minyak pun kena halau sekali,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

ibu
2 years ago

"Ini Lah Realiti Suri Rumah.." - Wanita Luah Bukan Mudah Untuk 'Handle' Anak Berbalah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...