“Ini Lah Realiti Suri Rumah..” – Wanita Luah Bukan Mudah Untuk ‘Handle’ Anak Berbalah

Kehidupan

“Ini Lah Realiti Suri Rumah..” – Wanita Luah Bukan Mudah Untuk ‘Handle’ Anak Berbalah

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu perkongsian oleh pengguna yang dikenali sebagai June Erniey telah meraih perhatian orang ramai apabila dia berkongsi realiti kehidupannya menjadi suri rumah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh June, dilihat 2 orang anak perempuannya yang sedang berbalah kerana masing-masing tidak mahu kalah.

Advertisement

Oleh itu, sebagai ibu, June akui terpaksa masuk campur dengan suara yang lantang dan tidak mampu menjadi seperti golongan ibu-ibu yang selalu bercakap lembut terhadap anak-anak.

Expectation housewife yang duduk relax vs reality. Aku bukan hanis zalikha yang dapat anugerah mak cemerlang!!

Namun, tidak lama selepas itu, 2 orang anaknya dilihat menangis menyesali perbuatan mereka sambil meminta maaf sama sendiri.

Masing-masing dah meluahkan rasa geram lepas tu masing-masing sedar. Nangis tu tanda sesal dengan apa yang berlaku.

Aku ni bukan la mak yang biarkan sahaja anak gaduh mesti ajarkan diorang utk salam dan mintak maaf sesama sendiri.

Menurutnya, video tersebut bukan untuk meraih perhatian orang ramai, sebaliknya sebagai perkongsian realiti kehidupan seorang suri rumah sahaja. June turut berharap agar masyarakat tidak membandingkan caranya menegur anak dengan orang lain.

Budak lelaki kena telan dengan burung
2 years ago

(VIDEO) Kanak-Kanak Hampir Ditelan Burung Undan, Netizen Persoal Sikap 'Sambil Lewa' Si Ibu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...