Cef selebriti terkenal Malaysia, Chef Wan kini sedang menikmati percutiannya akhir tahun beliau di Hawaii, Amerika Syarikat dan pelbagai perkongsian telah dimuat naik olehnya di Instagram.
Antara perkongsian yang paling menarik perhatian adalah peluang beliau untuk menjadi tetamu figura berpengaruh, Kiana Gentry di Judd Hill, Honolulu, Hawaii.
Melalui perkongsian gambar itu, Chef Wan memberitahu dia pernah bertugas sebagai cef peribadi Kiana dan mendiang suaminya, pemaju hartanah popular, Thomas Gentry selain mengalas tanggungjawab sebagai ketua tukang masak di restoran milik mereka, Angelica.
View this post on Instagram
Dalam pada beliau menceritakan tentang harta benda yang dimiliki oleh Thomas, Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail sempat menegur segelintir rakyat Malaysia yang sering kali menunjukkan kekayaan kepada orang ramai.
Itu sebab orang Malaysia travel sedikit atau duduk oversea setahun jagung, tetapi belagak nak mampus. Selalu reaksi saya adalah: Excuse Me tolonglah don’t.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pemilik restoran De.Wan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.