Baru-baru ini, tular di laman TikTok video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Emirza Elly memaparkan anak perempuannya yang menangis selepas selesai habis sesi persekolahan.
Menerusi video tersebut, anak perempuannya yang bernama Pia dilihat menangis kerana sedih apabila menceritakan tentang bagaimana dia membantu seorang kawannya sewaktu di sekolah.
Jelasnya, kawannya itu langsung tidak makan kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan ketika waktu rehat.
Dia orang susah.. orang makan dia tak makan.
Malah, anak perempuannya itu turut tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan dia telah bertindak memberi RM5 kepada kawannya itu untuk membeli makanan.
Harini tergerak hati nak bagi Pia RM10, dia belanja RM2 pulang baki RM3. Bila tanya mana baki, baru dia cerita bagi kawan yang susah untuk beli makanan..
@ellyemirza kisah sedih pia g sekolah harini?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang memuji tindakan murni kanak-kanak itu dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada ibunya kerana berjaya mendidik anaknya dengan baik.
Mulianya hati adik.. – Netizen.
“Good job mama pia jugak.. saya mengajar budak-budak.. saya faham didikan ibunda yang banyak bagi kesan positif pada anaknya,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.