“Orang Dah Tarik Saman Masih Toksik & Menganjing” – Ramai Kritik Lan Solo & Syura, Persoal Ikhlas Ke Minta Maaf?

Hiburan

“Orang Dah Tarik Saman Masih Toksik & Menganjing” – Ramai Kritik Lan Solo & Syura, Persoal Ikhlas Ke Minta Maaf?

Kes saman RM2.5 juta Siti Nordiana terhadap lima sekawan dilaporkan berakhir dengan sesi bermaafan di antara mereka selepas hampir dua tahun naik turun mahkamah.

Siti Nordiana
1 year ago

Tak Jadi Saman, Kes Saman Siti Nordiana Dan Lima Sekawan Berakhir - "Kami Saling Bermaaf-Maafan"

Advertisement

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen akaun media sosial, ramai penyokong Siti Nordiana mempersoal sama ada lima sekawan itu ikhlas meminta maaf.

Malah ada yang mendakwa Lan Solo serta isteri dan Syura menyindir selepas memuat naik video bergelak ketawa di mahkamah.

Ruangan komen hantaran Instagram Lan turut dipenuhi dengan komen-komen daripada warganet yang mengkritik tindakan mereka bertiga.

Dah bape kali perhati post sindir acah acah TERPALING bagus.. hilang minat and respect.. unfollow toxic.

Bukan itu sahaja, ramai yang melabel mereka bertiga kawan yang toksik serta tidak matang kerana kuat mengumpat rakan sendiri.

Dalam pada itu, sesetengah individu akui dahulu mengikuti Lan di Instagram untuk menyokong bisnesnya namun kini mereka unfollow dan ada yang sempat menasihati tiga individu tersebut untuk ubah perangai toksik masing-masing.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...