“Orang Dah Puji, Kita Buka Aib..”- Ibu Bapa ‘Galak’ Malukan Anak Depan Orang Tanpa Sedar

Kehidupan

“Orang Dah Puji, Kita Buka Aib..”- Ibu Bapa ‘Galak’ Malukan Anak Depan Orang Tanpa Sedar

Sebuah perkongsian daripada seorang wanita ini di laman Twitter mungkin dapat membuka mata anda terutamanya buat ibu bapa yang mempunyai anak yang semakin meningkat dewasa.

Dalam hantaran tersebut, wanita dikenali sebagai @aindzaya itu memberi nasihat kepada ibu bapa agar sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata terutamanya apabila orang memuji sikap anak-anak kita.

Advertisement

Menurut Ain, ada ibu bapa dalam tidak sedar gemar membuka aib anak setelah dipuji oleh ahli keluarga yang lain mahupun kawan-kawan.

Katanya lagi, ibu bapa harus berbangga apabila orang lain memuji sikap baik anak-anak kerana kata-kata itu adalah satu doa.

Meskipun terlihat ‘merendah diri’ ketika mengatakan anak bukanlah seperti yang dipuji, namun ia sebenarnya dapat menganggu perasaan anak jika sering diulang-ulang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meninggalkan komen dan juga pengalaman masing-masing ketika kecil.

anakSumber : Twitter  

Kata netizen, ramai dalam tak sedar membuka aib anak dan ada juga yang meluahkan perasaan bahawa mereka ketika kecil sebenarnya terkesan dengan kata-kata ibu bapa dan ia masih diingati sehingga kini.

luahan anak bongsu di hari raya
3 years ago

“Macam VIP..” - Abang, Kakak Hanya Tahu ‘Melawa’, Adik Luah Rasa Sedih Bertungkus Lumus Buat Persiapan Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...