Sebuah perkongsian meruntun hati baru-baru ini telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen berikutan sikap adik-beradik yang pulang berhari raya di kampung namun bersikap mementingkan diri sendiri.
Luahan hati yang dihantar seorang individu kepada personaliti TV Fedtri Yahya itu kemudiannya menjadi tular di media sosial.
Ini berikutan individu itu yang juga anak bongsu itu menzahirkan rasa penat apabila adik beradiknya yang lain seolah-olah lepas tangan dan berlagak seperti ‘tetamu VIP’ apabila pulang ke kampung.
Rumah terbuka vs rumah terluka pic.twitter.com/Xi7Ivk6iTn
— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) May 10, 2022
Kata wanita itu lagi, semua persediaan untuk menyambut hari raya Aidilfitri seperti memasak dan mengemas dilakukannya sendiri manakala adik beradiknya yang lain hanya tahu ‘melawa’.
Malah, abang kakaknya bukan sahaja tidak menghulurkan tangan untuk membantu tetapi juga tidak membantu dari segi kewangan.
Sudahlah tak bagi duit dapur untuk ibu, tak tolong masak. Datang macam tetamu VIP.
Bukan saya saja pening, ibu pun pening tapi dia hanya boleh diam tak boleh kata apa-apa, nanti sentap.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi situasi yang sama dengan wanita itu.

Rupa-rupanya ramai juga yang terpaksa membuat segala kerja rumah tanpa dibantu adik beradik lain yang mementingkan diri sendiri sehingga membuatkan orang lain makan hati.
BACA: “Bagusnya Jujur” – Penerima Bantuan Dipuji, Buat Surat Rasmi Dah Tak Mahu Terima Zakat Lagi
Anonymous
May 13, 2022 at 1:55 pm
X pyh lh berkira dgn adik beradik. Hari ni kita gembirakan mereka, esok lusa giliran mereka plak buat kita gembira. Mgkin dia ada komitmen ln smpai x cukup duit utk diberikan pd ibu. Ibu kita x ada lah berharap sgt dgn duit anak². Dah pulang beraya ziarah orang tua tu pun dah cukup bagus. Ada orang tua, menunggu sj anaknya balik tp x muncul². Last² juadah raya hntr kat masjid buat sedekah, bagi ayam mkn, lg sedih.