“Orang Arab Asal Ada Duit Semua Jalan, SOP Ke Laut” – Ifa Raziah

Hiburan

“Orang Arab Asal Ada Duit Semua Jalan, SOP Ke Laut” – Ifa Raziah

Pelakon sensasi, Ifa Raziah mendedahkan prosedur operasi standard (SOP) di Arab Saudi sangat teruk berbanding di Malaysia selepas menjejakkan kaki di tanah air daripada mengerjakan ibadah umrah.

Menurut Ifa, di Arab Saudi termasuk Mekah dan Madinah, asalkan punya wang, segalanya dibolehkan termasuk keputusan ujian calitan Covid-19 tidak diambil serius.

Advertisement

Ifa atau nama lengkapnya, Saripah Raziah Mustapha turut berkata, SOP memang dipandang remeh macam tiada virus berbahaya sedang menular.

Sampai Malaysia, baru saya rasa selamat dan untuk itu, terima kasih dan syabas buat Khairy Jamaluddin dan pihak Kementerian Kesihatan kerana bertegas tentang SOP.

Terdahulu, Ifa yang berangkat ke Tanah Suci 8 Disember dan pulang ke Malaysia pada 22 Disember lalu telah menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ditanya tentang sebilangan jemaah umrah yang mengamuk apabila terpaksa menunggu lama sesudah mendarat di tanah air, Ifa bersetuju dengan tindakan dilakukan pihak kementerian.

Saya percaya apa yang dilakukan KJ adalah untuk kebaikan bersama. Apatah lagi berdasarkan pengalaman di sana, sangat wajar kerajaan bertegas dengan mana-mana individu yang baru pulang dari luar negara.

Terdahulu, tular video di TikTok tentang sebilangan jemaah umrah tanah air yang mengamuk disebabkan ‘dikurung’ lama sesudah mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baca: Lebih 5 Jam Terkandas Di KLIA, 500 Jemaah Umrah Mengamuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...