Lebih 5 Jam Terkandas Di KLIA, 500 Jemaah Umrah Mengamuk

Kehidupan

Lebih 5 Jam Terkandas Di KLIA, 500 Jemaah Umrah Mengamuk

Kira-kira 500 jemaah umrah meluahkan rasa tidak berpuas hati selepas terpaksa menunggu lebih lima jam di terminal udara Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan dari Arab Saudi.

Difahamkan, kesemua jemaah yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci itu sedang menunggu giliran untuk dipakaikan jam penjejak bagi pengesanan jangkitan Covid-19.

Advertisement

Menerusi satu hantaran video seorang pengguna TikTok, rata-rata jemaah dilihat tidak berpuas hati kerana perlu menunggu lama selain penat kerana penerbangan yang lama dari Jeddah.

Ini adalah situasi selepas pulang dari umrah, percubaan pertama kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pakaikan jam penjejak.

Dalam video tersebut, turut kelihatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut berada di lokasi kejadian.

Terlalu lama, hampir lima jam menunggu.

@uzm_87

Reply to @hmmmmmmmmmm120 dah pakai..siap je pakai,KJ umum pemakaian jam tracker ni dibatalkan serta merta dan ditukar kepada gelang pink. #umrah #fyp?

? original sound – Zulkifli Mohamed – Zulkifli Mohamed

Hanya tujuh sahaja kakitangan KKM yang ditugaskan ketika itu bagi mengendalikan seramai 500 jemaah terlibat.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Ada yang menasihatkan agar jemaah terbabit sentiasa bersabar selain turut bersimpati dengan kepenatan dilalui mereka.

“Saya di sini juga tadi, sistem jam itu tiada masalah, yang geram kakitangan KKM tidak ramai, perjalanan sembilan jam, tambah enam jam menunggu, penat” tulis seorang pengguna TikTok.

Baca: Meskipun Hilang Sebelah Kaki, Ianya Tidak Menghalang Pemuda Ini Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...