Kecewa dengan situasi bersifat dua darjat melibatkan orang kaya yang sewenang-wenangnya melanggar prosedur operasi standard (SOP), pelakon dan penyanyi Naim Daniel menegur golongan tersebut dengan satu ciapan bersifat sarkastik.
Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin tidak mengapa andai mana-mana individu tidak memakai pelitup muka dengan satu alasan yang pahit untuk ditelan realitinya.
Pengajarannya di sini, tidak mengapa (okey) kalau kalian taknak pakai pelitup muka (mask) di tempat awam. Sesungguhnya, memang okey asalkan kalian kaya.
Moral of the story;
IT’S OKAY if you tak nak pakai mask dekat tempat awam.
It is TOTALLY okay.
Asalkan you kaya.
— Naim Daniel (@naimdanielx) October 31, 2021
Ciapan yang dimuat naik di Twitter oleh pelantun lagu Sumpah itu mendapat reaksi pelbagai netizen yang bersetuju dengan pandangan yang dilontarkannya.
Melalui tinjaun setakat sekarang ini, ciapan Naim itu mendapat 15,000 tanda suka dan hampir 8,000 ulang kicau (retweets) dari pengguna media sosial itu.
Difahamkan, ciapan tersebut ditujukan buat seorang wanita warga asing yang mengamuk selepas didakwa enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini yang hanya dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 sedangkan rakyat Malaysia dikenakan tindakan kompaun setinggi RM10,000 kerana melanggar SOP.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.