Pelawak Harith Iskander menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyalahkan seorang wanita berstatus pelancong asing yang didakwa enggan memakai pelitup muka ketika memasuki butik mewah di sebuah pusat beli-belah ibu kota baru-baru ini.
Harith atau nama lengkapnya Harith Iskander Musa berkata wanita itu mungkin tidak sihat dan sedang berperang dengan gelora jiwa sendiri.
Menerusi satu ciapan dalam Twitter, Harith berkata kita patut berhenti demonizing (mengutuk) wanita warga asing yang menyebabkan kekecohan di luar butik Dior itu.
Dia kelihatan ‘tidak sihat’ dan secara terangnya, sedang berdepan dengan demons (suara jahat) dirinya sendiri.
Sekadar berkongsi pendapat peribadi, Harith yang pernah dinobatkan sebagai Funniest Person In The World pada Disember 2016 berharap, wanita tersebut berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.
Harith, 55, berkata dia percaya ‘Karen’ ada anak, keluarga dan dengan itu, dia berharap mereka semua selamat dan dilindungi.
Terdahulu, seorang wanita kulit putih yang digelar sebagai ‘Karen’ oleh warganet mengundang rasa marah orang ramai selepas dia dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
November 1, 2021 at 9:16 pm
Ko dah pehal nk backup betina tuhhh?? Spapat ko ke ape?? Ke ko pn sme XSIHAT mcm die?? Sengetttt!!!
Anonymous
November 30, 2021 at 1:13 pm
Rata2 yg mengomen di sini pun mental tak sihat. Hebat sungguh bahasa yg digunakan. Tak terpifir kah yg cara penulisan korang nie melambangkan karakter korang jugak. Nak marah skali pun, tak setuju skali pun..even nak kutuk skali pun, jaga2 lah adap menulis tu.
Anonymous
November 1, 2021 at 5:37 am
kalau org putih je di bela dicari alasan.
cuba tu org indon, melayu malaysia adakah dia bela?
ramai retis x nak vaksin ckp mcm2 tentu mereka sangat x sihat kan
Lily.Bwn
November 1, 2021 at 12:41 am
Aku masih keliru dgn dia punya agama. Hidup dia sosial. Bnyk terpalit dgn gosip yg berkaitan dgn agama. Apapun semoga berubah ke jalan yg betul
Anon
October 31, 2021 at 7:22 pm
Lalok