“Duduk Negara Orang Kena Ikutlah..” Mat Dan Tegur ‘Karen’ Degil Tak Mahu Pakai Mask

Hiburan

“Duduk Negara Orang Kena Ikutlah..” Mat Dan Tegur ‘Karen’ Degil Tak Mahu Pakai Mask

Pengacara dan juga selebriti media sosial, Mat Dan tampil memberi sedikit pendapat mengenai kes melibatkan seorang wanita kulit putih yang tular semalam kerana berkeras tidak mahu memakai pelitup muka ketika berada di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.

Mat Dan
3 years ago

Mat Dan 'Throwback' Gambar Bertatu, Netizen Suruh Insaf, Tutup Aib

Advertisement

Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel James Tyler yang sudah lama menetap di Malaysia itu berkata, dia tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan wanita yang berasal dari United Kingdom itu.

Ujarnya, wanita itu sepatutnya patuh dan mengikut peraturan dalam negara yang dikunjunginya dan bukan degil dan berkelakuan seperti itu.

Saya terpanggil untuk mengulas isu seorng wanita warga asing yang tengok dari loghatnya seperti berasal dari UK gara-gara tak mahu memakai mask di negara ini. Sebenarnya orang UK ni ada isu dengan orang Islam kerana negara mereka Islam diasingkan oleh masyarakat mereka.

Tapi bila mereka datang ke negara ini, mereka kenalah ikut peraturan di negara ini. Isu ni nampak kecil tapi bila dia buat begini ia menunjukkan contoh orang yang tiada integrasi dalam masyarakat mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat bersetuju dengan pendapat Mat Dan dan berharap orang ramai tidak kiralah warganegara apa pun agar sentiasa mengikuti peraturan negara yang didiami masing-masing.

KarenSumber : Google  

Terdahulu, tular sebuah video di Twitter apabila wanita berbangsa asing itu menuduh mereka yang memakai pelitup muka ini sebagai komunis dan meminta secara keras keistimewaan sebagai individu berkulit putih kepada pekerja butik terkenal itu.

Sekadar info, Mat Dan sudah memeluk Islam pada tahun 2013 dan menukar namanya kepada Karief Daniel Abdullah.

Dia juga mempunyai seorang isteri, Nadifa Adnan yang dinikahinya pada 12 Mac 2017 dan telah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Zayne Tyler,3, dan Muhammad Eydan Tyler, setahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...