Mat Dan ‘Throwback’ Gambar Bertatu, Netizen Suruh Insaf, Tutup Aib

Hiburan

Mat Dan ‘Throwback’ Gambar Bertatu, Netizen Suruh Insaf, Tutup Aib

Selebriti media sosial dan personaliti TV, Mat Dan menerusi sebuah hantaran di Instagram ada berkongsi foto lama ketika zaman bujang untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Foto Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah,32, itu turut memperlihatkan sebahagian atas tubuh badannya yang bertatu selain gaya rambut yang sedikit panjang.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

“Rindunya rambut saya, tengah scroll gambar lama nak tunjuk ke Zayne Daddy dia dulu macam mana. Macam Keith Richards je dia kata (ke Daddy dia kata)..”

Meninjau ruangan komen, perkongsian Mat Dan itu menimbulkan reaksi yang berbeza daripada peminat.

Ada juga sesetengah netizen menyuarakan perasaan kurang selesa kerana melihat foto lama Mat Dan yang menampakkan tatu itu.

“Tutuplah aib kamu, Allah akan tutup aib kamu yang lain, pengaruh tatu, bukan satu perkara baik, tambahan kalau kita dah bertaubat, renung-renungkanlah.” tulis individu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Namun ada yang berpendapat bahawa perkara tersebut tidak mendatang sebarang isu memandangkan Mat Dan seorang mualaf.

Sekadar info, Mat Dan telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang merupakan anak jati Terengganu iaitu Nadia Adnan pada Mac 2017.

 

View this post on Instagram

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Zayne Tyler dan Eydan Yusoff Tyler.

3 years ago

Genap 20 Hari Lahir Ke Dunia, Mat Dan Perkenalkan Nama Anak Kedua, Eydan Yusoff

Mat Dan yang merupakan kelahiran Bristol, United Kingdom mula terkenal di Malaysia apabila kefasihannya berbahasa dialek pantai timur kerana telah menetap di Malaysia sejak tahun 2009.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...