“Okay La Dari Jadi Biawak Hidup..” – Raja Afiq Kini Pekerja Am Di Bank, Tak Ada ‘Job’ Dah Setahun

Hiburan

“Okay La Dari Jadi Biawak Hidup..” – Raja Afiq Kini Pekerja Am Di Bank, Tak Ada ‘Job’ Dah Setahun

Pelakon Raja Afiq mendedahkan bahawa dia kini bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat perbankan setelah hampir setahun tidak ditawarkan pekerjaan dalam bidang lakonan.

Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali,29, berkata dia tidak malu dengan pekerjaan barunya itu sebaliknya sanggup mengenepikan status sebagai artis demi mencari nafkah buat keluarga tersayang.

Advertisement

Masa saya muat naik gambar dan minta tawaran berlakon ramai cakap carilah kerja dan sebenarnya sudah pelbagai pekerjaan saya buat.

Saya tak harap tawaran berlakon semata-mata, saya berniaga dan sekarang sudah ada kerja tetap di sebuah bank.

Ujarnya lagi, pada mulanya dia berasa segan untuk bekerja tetap namun menurunkan ego demi mencari rezeki.

Menjengah ke ruangan komen hantaran sebuah portal hiburan, peminat memuji usaha Raja Afiq yang tidak malu bekerja biasa dan meninggalkan dunia glamor buat seketika demi mencari nafkah untuk keluarga.

Sekadar info, nama Raja Afiq mula dikenali setelah lakonannya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz bersama aktres Niena Baharun pada tahun 2016 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ekin mawi cerai
7 months ago

"It's Too Much!" - Rumah Tangga Ekin Dan Mawi Didakwa Berantakan Setelah 15 Tahun Berkahwin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...