“It’s Too Much!” – Rumah Tangga Ekin Dan Mawi Didakwa Berantakan Setelah 15 Tahun Berkahwin?

Hiburan

“It’s Too Much!” – Rumah Tangga Ekin Dan Mawi Didakwa Berantakan Setelah 15 Tahun Berkahwin?

Isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin menerusi satu hantaran di Instagram tampil menafikan dakwaan satu blog yang mendakwa rumah tangganya bersama penyanyi lagu Aduh Saleha itu kini sedang berantakan.

“Saya dah tak sanggup lagi, setelah 15 tahun berkahwin, Ekin dedah status rumah tangga dengan Mawi, tak sangka ini yang Mawi buat” tulis artikel itu.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, Ekin kemudiannya tampil memberi reaksi terhadap dakwaan jahat tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Apa yang seronok dapat fitnah orang ek? Pelik betul dunia akhir zaman. It’s too much! Selidiklah dulu sebelum nak kejar glamor. Kang tak fasal-fasal kena saman!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat pasangan itu turut menggesa agar mereka mengambil tindakan saman dan mendoakan agar Ekin dan Mawi terus bahagia melayari rumah tangga.

Sekadar info, Ekin dan Mawi telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cahaya Malaika yang kini berusia 11 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noniswara
7 months ago

(FOTO) "Datuk S*tan, Kurung Bini Saya, Sihir Kuat!" - Individu Buat Dakwaan Kurang Senang Terhadap Arwah Suami Noniswara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...