Baru-baru ini, suami kepada selebriti sensasi, Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen dilihat mengusik isterinya ketika sedang memperbaiki tali gaun yang dipakai isterinya di hadapan sebuah cermin.
Menerusi laman Instagram, Sakinah dilihat mengenakan sepasang gaun berwarna hijau yang agak ketat dek kerana design potongan moden di bahagian perut pada gaun tersebut.
Malah, pelakon berusia 33 tahun itu turut sempat mengeluh pada suaminya kerana gaun yang dipakai telah menampakkan bahagian perutnya yang agak berisi.
Oh my God perut saya, oh my God perut saya.
Namun, apa yang mencuri perhatian orang ramai apabila Hansen seperti memberi bayangan bahawa Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired kini sedang berbadan dua.
Ya, itulah yang berlaku kalau awak mengandung.
Terkejut dengan jawapan suaminya, Sakinah terus memberi lirikan mata kepada Hansen yang kemudiannya berbisik mengatakan isterinya masih belum tahu mengenai perkara tersebut.
Dia masih belum tahu lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini Sakinah dan Hansen masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai berita gembira itu dan masih mendiamkan diri.
Info tambahan, Sakinah telah mendirikan rumah tangga bersama Michael atau nama Islamnya Mikael Hansen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.