“Nenek Selalu Tolong Dia..” – Nenek Pelakon Lelaki Mati Dibunuh, Suspek Ada Pertalian Saudara

Hiburan

“Nenek Selalu Tolong Dia..” – Nenek Pelakon Lelaki Mati Dibunuh, Suspek Ada Pertalian Saudara

Baru-baru ini, terdapat warga emas yang dikenali sebagai Datin Noraida Nordin terbunuh semasa dalam pergelutan dan pecah masuk di Taman Paroi Jaya, Seremban beberapa minggu lalu.

Didapati warga emas tersebut merupakan nenek kepada seorang pelakon lelaki baru yang bernama Farhan Asri.

Advertisement

Menurut Farhan atau nama sebenarnya, Muhamad Farhan Mohd Asri, dia serta keluarga masih dalam keadaan trauma setelah insiden terbabit berlaku. Lagi-lagi suspek yang membunuh neneknya itu masih tidak dijumpai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii)

Susulan kes yang telah berlaku ini, Farhan menerusi hantaran di Instagram meminta bantuan orang ramai menolong untuk cari suspek yang dikenali sebagai Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45 dan dia difahamkan duduk di kawasan Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk bantu siasatan kes ini.

Didapati dari hasil siasatan awal pihak polis, terdapat beberapa kesan kecederaan pada anggota badan mangsa yang berumur 75 tahun itu serta barangan peribadi milik warga emas terbabit turut lesap.

Farhan memberitahu sebelum ini suspek sudah beberapa kali datang ke rumah arwah untuk meminjam duit tetapi tidak dapat memberi jumlah yang banyak kerana mahu menggunakan ia untuk kenduri.

Kali kedua dia datang datuk hanya beri sedikit wang. Terakhir, memang dia datang membawa makanan dan ketika itulah nenek saya telah mati dibunuh.

Sehingga kini difahamkan suspek masih belum dapat dijejaki dan kali terakhir isterinya dihubungi, dia memberitahu si suami ada pulang ke rumah mencuci baju sebelum keluar semula memakai baju putih.

1 year ago

"Ni Pun Nak Buat 'Content' Ke?" - Rakam Video Menangis Dapat Sentuh & Cium Kaabah, 'Influencer' Ditegur Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...