Nyna Harizal Letak 7 Syarat Jika Nak Jumpa, Suami Tak Nafi Isu Kewangan Jadi Punca Utama

Hiburan

Nyna Harizal Letak 7 Syarat Jika Nak Jumpa, Suami Tak Nafi Isu Kewangan Jadi Punca Utama

Suami kepada pelakon Nynaa Harizal yang sebelum ini mendakwa isterinya itu telah diculik ahli keluarga sendiri tampil memaklumkan bahawa dia terpaksa menempuh dugaan baru hanya kerana ingin berjumpa aktres itu.

Nynaa Harizal
3 minggu lalu

Nafi Diculik, Nynaa Harizal Selamat Dalam Jagaan Ibu Bapa

Advertisement

Maklum Mohamed Fahmi Ilyas, dia perlu mematuhi 7 syarat jika ingin berjumpa secara berdepan dengan isterinya itu.

Syarat tersebut dimaklumkan Nynaa ketika mereka berdua berbual secara panggilan telefon pada 12 November lalu.

Antara syarat yang dikenakan adalah hanya boleh jumpa di pejabat peguamnya, perlu datang seorang diri dan tidak dibenarkan untuk merekod sebarang aktiviti.

Selain itu, Fahmi tidak dibenarkan membawa pemandu, pengawal peribadi, keluarga dan juga media.

Jelas Fahmi yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AMFI Group itu lagi, dia merasa hairan dengan syarat-syarat yang disertakan sedangkan dia hanya ingin berjumpa dengan isteri.

Advertisement

Dalam pada itu, Fahmi tidak menafikan bahawa isu kewangan mungkin menjadi punca utama tercetusnya kemelut tersebut.

Terdahulu, Fahmi mendakwa Nyna telah ‘diculik’ oleh bapa mentuanya ketika sedang terbabit dalam sebuah penggambaran drama.

Nynaa kemudian menafikan dakwaan suaminya itu dan telah memfailkan permohonan cerai setelah Fahmi membuat tuntutan agar aktres itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya setelah hampir dua minggu Nynaa keluar daripada rumah tanpa izin sejak 2 November yang lalu.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Leylla Elskens

    November 20, 2021 at 2:50 pm

    So sad materialistik story?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...