Nafi Diculik, Nynaa Harizal Selamat Dalam Jagaan Ibu Bapa

Hiburan

Nafi Diculik, Nynaa Harizal Selamat Dalam Jagaan Ibu Bapa

Pelakon Nynaa Harizal menafikan dakwaan dia diculik ibu bapanya dan memaklumkan yang dia berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan keluarga sejak 2 November lalu.

Nynaa Harizal dan suami
2 years ago

Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Nusyuz, Perintah Kembali Taat Dalam Tempoh 7 Hari

Advertisement

Nynaa memberitahu perkara tersebut selepas menghadiri sebutan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya iaitu Mohamed Fahmi Ilyas di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Tambah Nynaa, pihaknya bagaimanapun enggan mengulas dengan lanjut mengenai punca permohonan itu dibuat sebaliknya hanya bertindak mengeluarkan satu kenyataan media.

Dalam kenyataan tersebut, Nynaa mengatakan yang pihaknya telah memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.

Satu salinan saman juga telah diserahkan kepada pihak suami pada keesokan harinya, 11 November lalu.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal turut memberitahu yang permohonan tersebut dibuat dengan harapan supaya suaminya akan melepaskannya dengan cara baik tanpa perlu meneruskan dengan proses perundangan lain.

Nynaa Harizal & Suami

Ujar Nynaa lagi, dia membuat keputusan untuk tidak memberikan ulasan lanjut berkaitan punca dan penyebab yang membawa kepada keadaan tersebut kerana isu itu bersifat peribadi dan sedang dalam proses mahkamah.

Nynaa juga sempat meminta doa daripada orang ramai supaya terus diberikan kekuatan untuk tempuh dugaan itu serta menghargai segala pandangan dan nasihat yang diberikan masyarakat kepadanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...