Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nyaris Jadi Mangsa Sindiket Pelacuran : Farahdhiya Lantik Pengurus

Sebelum ini, Farahdhiya hampir menjadi mangsa sindiket pelacuran yang menggunakan nama Ally Iskandar dan menawar Farahdhiya untuk menjadi pengacara.

Advertisement

Berikutan kes berkenaan, Farahdhiya telah melantik seorang pengurus untuk menguruskan kerjaya beliau kerana tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi.

Jelas Farahdhiya, beliau masih lagi menerima permintaan daripada penganjur yang mahu bertemu dengan beliau terlebih dahulu sebelum menawarkan persembahan.

Selepas kes tersebut saya memang serahkan urusan kepada pengurus, namun dia (pengurus) juga berdepan masalah kerana penganjur ingin melihat saya dulu sebelum buat tawaran.

Permintaan orang pelik-pelik sehingga pengurus saya juga pening. Jika saya tiada program bolehlah saya datang secara profesional.

Advertisement

Meskipun jarang kelihatan di kaca televisyen, Farahdhiya akui beliau masih lagi menerima banyak tawaran nyanyian. Buat masa ini, beliau ingin menumpukan seratus peratus perhatian kepada karier nyanyiannya dahulu dan berehat daripada dunia lakonan untuk seketika.

Alhamdulillah tawaran mengadakan persembahan semakin banyak selepas program Gegar Vaganza 2 dan nama saya dikenali semula sebagai penyanyi.

Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengutamakan kerjaya nyanyian terlebih dahulu. Jika ada tawaran berlakon saya terima dengan syarat mengikut jadual nyanyian saya dahulu.

Memang serik kalau sudah hampir diperdaya oleh sindiket pelacuran sebelum ini. Melantik pengurus adalah langkah yang baik agar tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap Farahdhiya.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top