Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Nyanyian Nabila Mengingatkan Saya Kepada Penyanyi Lama Seperti Allahyarham Rafeah Buang” – Azmeer

azmeer puji nabila razali

Meskipun terpalit dengan kontroversi mengenai nyanyiannya, namun tidak dapat dinafikan bahawa lagu ‘Peluang Kedua’ berjaya mencipta fenomena dalam industri muzik tanah air sepanjang tahun lepas.

Malah Azmeer yang juga merupakan antara juri profesional bagi Anugerah Juara Lagu ke-35 turut memuji lagu itu dalam satu wawancara bersama Kosmo! sebelum acara tersebut berlangsung semalam.

Advertisement

azmeer

Bukan itu sahaja, komposer tersebut turut memuji cara nyanyian Nabila Razali yang membuatkannya mengimbas memori penyanyi veteran.

“Jangan pandang rendah kebolehan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali. Nyanyiannya mengingatkan saya kepada penyanyi lama seperti Allahyarham Rafeah Buang. Kita tidak boleh menafikan pencapaian lagu Peluang Kedua dari sudut komersil dan populariti.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Second Chance ??? (@nabila.razali)

Meskipun kemampuan vokal penyanyi wanita itu mungkin tidak sehebat Jaclyn Victor namun dia mempunyai penghayatan emosi yang tersendiri semasa membuat persembahan.

“Walaupun Nabila bukan penyanyi bervokal hebat seperti Jaclyn Victor namun dia mempunyai keikhlasan dan penghayatan emosi tersendiri ketika menyanyi.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Advertisement

Meskipun menghadapi sedikit masalah kelmarin di AJL35, namun pastinya Nabila akan memperbaiki lagi nyanyiannya nanti. Tambahan pula, ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di pentas berprestij tersebut.

BACA: “Terbaik Untuk Saya” – Persembahan ‘Terkucil’ Sehingga Trending Twitter, Ini Respon Nabila Razali

Usaha lagi Nabila!

SUMBER : Kosmo!
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Anonymous

    March 19, 2021 at 5:15 pm

    Sangat tak profesional. Salah yang dia buat adalah salah major, bukan lagi salah kecil. Dan persembahan yang terburuk pada permulaan tahun 2021 disamakan dengan arwah Rafeah Buang? Fikir perasaan pelaku salah, tetapi satu titik pon tak fikir perasaan keluarga Rafeah Buang. Seolah2 memuji perbuatan Si Kitol yang mengingatkan kepada Parameswara.

  2. Anonymous

    March 17, 2021 at 9:30 am

    Penghinaan terhadap legend arwah Rafeah Buang. semua artis first time masuk AJL. dato’ siti dll dulu masuk2 terus senior ke kat AJL? semua pun first time! wany hasrita dulu walaupun x best takdelah tahap sumbang level nabila ni. dia ni je kot yg memalukan final AJL.

    • acik

      March 17, 2021 at 1:13 pm

      pasal apa la semua pakat duk sokong nabila..smpai nak samakan dgn arwah rafeah buang..memang teruk sgt dia malam ajl tu

  3. yusuf

    March 15, 2021 at 9:56 pm

    Nak amik hati penyanyi mediocre macam ni, at the expense of penyanyi lagenda.. Cakap berlapik macamnana la industri nak maju. Masalahnya penyanyi yang dipuji tu bukan highnote je kelaut, low note off-key

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top