Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Terbaik Untuk Saya” – Persembahan ‘Terkucil’ Sehingga Trending Twitter, Ini Respon Nabila Razali

Trending di Twitter, Nabila Razali mencuri tumpuan selepas mempersembahkan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL35). Dia sekali lagi dikritik gara-gara ‘terkucil’ di bahagian korus lagu tersebut. Namun begitu, ada juga yang mempertahankan penyanyi ini dengan memberikan kata-kata semangat.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Nabila Razali memberi respon kepada ciapan orang ramai sehingga namanya trending. Nabila mengakui, masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki.

Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.

Lega acara sudah berakhir, Nabila berkata dia gembira dengan apa yang sudah disampaikannya semalam.

Foto: TV3

Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).

Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu.

Dia turut berterima kasih kepada pihak pengurusan dan pasukannya kerana sudah memberi peluang sehingga ke tahap ini. Ujarnya lagi, persembahannya malam tadi bukanlah pengakhiran, dia berharap rezeki lebih besar akan datang selepas ini.

Foto: TV3

Terpalit dengan beberapa kontroversi panas, Nabila berkata dia telah menghadiri kelas vokal untuk memajukan diri sendiri. Masalah suara yang dihadapi juga telah sembuh sepenuhnya.

Apa yang berlaku kepada saya, tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.

Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua daripada saya sendiri.

Nabila berharap selepas pandemik beransur pulih, keadaan dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni akan kembali seperti biasa. Untuk malam akhir AJL35, Nabila bersyukur dapat menunaikan permintaan peminat yang mahukan dirinya sendiri mempersembahkan Peluang Kedua.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    March 19, 2021 at 5:50 pm

    Dia kata “Jujur saya katakan, saya belum periksa lagi telefon pintar saya. Tapi, harapnya apa yang ‘trending’ itu yang baik-baik sahaja.”. Sungguh kurang ajar. Lazimnya dia sendiri dah tau tahap persembahan dia sangat teruk. Dan apa yang dia harapkan? ‘yang baik-baik SAHAJA’? Langsung takdak inisiatif untuk ambil keburukkan dia sebagai pengajaran, tapi mengharapkan pujian dari keburukkan dia sendiri.

    Dah berani keluar zon selesa, berani jugak amek tindakan. Bukannya terus mengharapkan pujian.

  2. Abang Jago

    March 15, 2021 at 9:16 pm

    Lagu ni sedap bila aku nyanyi hari tu.tapi bila dgr NR nyanyi lagi sedap dia nyanyi dr aku. Kudos to u NR.

  3. Anonymous

    March 15, 2021 at 7:37 pm

    kenapa ramai artis korea yg depress n bunuh diri? sebab org mcm korang ni lah.. aku bukan peminat dia.. tp benda dah jadi.. so bio je la dia..

  4. sheery111

    March 15, 2021 at 4:01 pm

    mostly peminat die dan NR sendiri tone deaf agaknye..kita tahu, klu penyanyi yg bagus, silap ckit terkucil 1 part mse life performnace, should be okay dan boleh diterima…tp jika keseluruhan lagu buat silap,sumbang sana sini, pitching tak sampai, ko yg ade masalah…pihak pengurusan ko ni mmg mempergunakan ko agknye…even xleh nyanyi, tp gunakan ko utk buat duit…ko kena sedar diri.level ko ni setakat nyanyi show kecik2 dan lagu2 ringan jer…sudah2 la berenti menyanyi.org pun tak marah klu ko mula berlakon..kesian bakat2 penyanyi lain yg di underestimate..harap kan muka dan sikap periang kanak2 ribena ko tu jer…

    klu aku peminat ko, mmg sumpah aku dah tak minat lg…peminat pon haprak..spesies memuja org xde bakat…nak jgk tahu latar belakang NR ni…ape istimewa die boleh menyanyi dan dpt lagu best even suara die kelaut dalam jurang mariana???

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top