Sejak kebelakangan ini, kes tentang kecuaian hospital sering kali kita dapat lihat di media sosial selepas beberapa individu mendedahkannya.
Terbaru, bayi berusia dua bulan difahamkan mengalami pendarahan otak serta retak tulang kepala dibelah kiri dipercayai atas kecuaian seorang jururawat di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.
Pendedahan itu dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok dan dia memberitahu bayi tersebut terjatuh sewaktu dimasukkan di hospital itu.
Difahamkan dari ruangan kapsyen wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi terbabit, anaknya dilahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa ditahankan di wad tetapi selepas dua bulan berada dalam jagaan hospital, hancur hati seorang ibu apabila mengetahui keadaan anak yang semakin teruk.
Pihak hospital memberitahu baby ibu yang masih kecil dan tak cukup bulan telah terjatuhkan oleh jururawat yang tak bertanggungjawab.
Susulan berlaku kejadian seperti itu terhadap anaknya, wanita tersebut serta suaminya membuat laporan polis bagi menuntut bela atas kecederaan yang menimpa cahaya mata mereka.
Membuatkan situasi tersebut lagi keruh kerana pihak hospital enggan bertanggungjawab dan seolah-olah tidak peduli dengan keadaan anak kecil tersebut.
Info terkini mengenai kes ini, menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pihak kementerian sedang mengemas kini data bagi memastikan ada tindakan lanjut diambil untuk pihak hospital serta jururawat itu.