Walaubagaimanapun, masih ada juga sesetengah netizen yang mengkritik penampilan Sajat sehingga menyamakan busana rekaan Gie Ismail itu seperti lalat hijau.
Sudah lali dengan pelbagai komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya hampir setiap hari, Sajat tidak kisah dengan percakapan orang dan memahami setiap individu mempunyai fantasi serta pendapat yang berbeza.
Saya sudah lihat gambar berkenaan. Tak mengapalah. Saya sudah lali dengan kecaman dan ejekan. Biarlah apa mereka mahu katakan kerana masing-masing mempunyai pendapat dan saya tidak boleh sekat fantasi orang.
Bagi saya, makin dilayan makin menjadi-jadi netizen sekarang ini. Jadi saya tidak mahu melayan dan biarkan mereka terus mengata. Say tak marah pun.
Meskipun sering menjadi mangsa kecaman netizen, Sajat sedikit pun tidak pernah merasa tertekan dan terus membuatkan beliau lebih yakin untuk bergaya dengan penampilan yang unik.