Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nur Fazura Tidak Terasa Hati Dengan Isu “Hancur” Tasha Manshahar

Baru-baru ini penyanyi  Tasha Manshahar dikecam netizen apabila dikatakan memberikan komen “hancur betul” terhadap nyanyian Nur Fazura bersama Estranged menerusi lagu Hancur Aku di Muzik-Muzik 31.

Advertisement

Namun, Tasha menjelaskan beliau bukanlah mengkritik Fazura tetapi komen berkenaan ditujukan kepada ketua kepada kelab peminatnya  yang memuat naik foto persembahan Fazura.

Tidak mahu memberikan sebarang komen sebelum ini, Fazura sebenarnya ingin menyiasat apa yang sebenarnya berlaku dan melakukan sedikit kajian berkaitan Tasha kerana tidak mengenali penyanyi yang mula popular di YouTube itu. Setelah semuanya difahami  oleh Fazura, beliau akui tidak terasa hati dengan Tasha dan berharap yang terbaik buat penyanyi itu.

Tambah Fazura, beliau sudah lali dengan pelbagai komen negatif terutama sekali apabila melibatkan nyanyiannya.

Walaubagaimanapun, Fazura tetap bersyukur dan tidak patah semangat untuk terus menyanyi. Untuk pengetahuan anda, Fazura bakal  muncul dengan album sendiri tidak lama lagi. Lebih menarik lagi, komposer terkenal Indonesia iaitu Ahmad Dani ada menyumbangkan lagu didalam album sulung Fazura.

Kita semua tahu Fazura memang mempunyai kelemahan dari segi vokal. Namun, semangat Fazura sebenarnya boleh dicontohi oleh orang ramai kerana tidak pernah putus asa dan mempedulikan komen negatif demi mencapai impiannya.

Sumber Berita : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top