Tasha Manshahar Perlekehkan Nyanyian Nur Fazura Di Muzik-Muzik 31?

Hiburan

Tasha Manshahar Perlekehkan Nyanyian Nur Fazura Di Muzik-Muzik 31?

Gara-gara memuat naik komen “hancur betul” di Instagram peminatnya yang merujuk kepada persembahan kumpulan Estraged dan Nur Fazura menerusi lagu Hancur Aku di Muzik-Muzik 31 baru-baru ini, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Ragu-Ragu, Tasha Manshahar telah mengundang salah faham ramai berkaitan komen berkenaan.

Advertisement

Malah, Tasha juga dikecam netizen yang merasakan beliau tidaklah sebagus mana untuk mengkritik orang lain.

Walaubagaimanapun, Tasha menerusi portal Harian Metro berkata komen itu bukanlah buat Fazura tetapi ia ditujukan kepada pemilik Instagram yang dikenali sebagai @srijuju yang memuat naik status “Hancur…hancur…aku..” iaitu lirik kepada lagu tersebut.

Semuanya hanya salah faham kerana komen ‘hancur betul’ itu memang bukan untuk Fazura dan saya pun tak tengok persembahannya. Kebetulan individu yang memuat naik gambar itu adalah ketua kepada kelab peminat saya dan komen berkenaan saya tujukan kepadanya dengan nada bergurau.

Saya pun tidak tahu bagaimana nyanyian Fazura dalam program itu. Kalau betul dia menyanyi tak bagus malam itu, saya tiada hak langsung mengkritiknya secara terbuka kerana saya pun penyanyi.

Tasha sedar beliau tidak layak mengkritik Fazura kerana beliau sendiri membuat keputusan untuk menarik diri daripada membuat persembahan bersama Syed Shahim menerusi lagu Ragu-Ragu.

Tambah beliau lagi, Fazura antara artis yang beliau kagumi sejak dahulu lagi dan beliau juga tidak mempunyai sebab untuk beliau mengutuk artis pujaannya itu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...