Tahun 2015 adalah satu tahun yang boleh dianggap sempurna buat Nur Fazura seandainya insiden KimK tidak terjadi. Nama baik Fazura tercalar gara-gara salah faham tersebut. Ramai yang kecewa kerana Fazura masih belum memohon maaf kepada peminat yang dimalukan sehingga hari ini. Namun bagi Fazura, insiden tersebut dianggap sebagai satu ujian dari Tuhan untuk dijadikan pengalaman dan juga pengajaran buat dirinya.
Kata Fazura:-
Memang terlalu banyak kemanisan saya raih dan kecapi pada tahun ini. Cuma, pada penutupnya, Tuhan memberikan saya sedikit ujian (merujuk kepada insiden KimK). Bukanlah saya nak kata insiden itu terlalu pahit, tetapi ia membuatkan saya sentiasa beringat, tahun 2015 sudah hampir sempurna. Tetapi kalau sentiasa manis dengan kejayaan dan keindahan, ia akan buat saya melayang.
Dengan adanya penutup sebegitu, saya anggap ia sebagai pengajaran dan pengalaman sekaligus membuatkan diri ini lebih bersedia dengan kedatangan tahun baharu. Kemanisan yang diberikan Tuhan pula bukan untuk menjadikan saya terus selesa, tetapi ia bekalan berharga untuk tahun 2016. Pastinya saya harap kemanisan itu akan berpanjangan ke tahun seterusnya.
Menariknya, Fazura menegaskan sekali lagi tindakannya di dalam insiden KimK adalah semata-mata untuk mempertahankan kawannya. Malah bagi Fazura, dirinya kecewa kerana insiden itu terjadi di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Kata Fazura lagi:-
Sebagai artis yang sudah lebih sedekad dalam dunia hiburan, saya pernah melalui fasa yang lebih teruk daripada insiden itu. Pada zaman sekarang, terutama dengan adanya media sosial, manusia di luar sana semakin ganas, selesa dan rakus berbuat apa saja. Buli secara siber sangat berleluasa.
Apa yang saya buat berhubung isu itu pula adalah atas paksi mempertahankan kawan. Saya percaya, hal itu tidak patut terjadi. Malah ia memang sudah banyak kali terjadi sebelum ini dan masih berlanjutan.
Apa yang menyedihkan saya ia berlaku di kalangan orang Melayu beragama Islam. Terang-terangan mereka tunjuk siapa diri mereka. Apabila membaca komen negatif, ia jelas menunjukkan diri mereka yang sebenar dan bukannya saya.
Benda dah berlaku nak buat macam mana kan? Anggaplah sebagai ia satu pengajaran agar kita tidak membuat kesimpulan dan keputusan tergesa-gesa. Tanya pendapat orang lain dulu sebelum membuat sebarang tindakan. Apa pun, untuk tahun 2016, Abang Nara doakan agar Fazura agar segera bertemu jodoh. Rasanya ramai yang dah tak sabar hendak tengok si jelita ini bersanding di atas pelamin. Tak gitu? Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.