Nur Fathia Tepis Gosip Ayda Jebat Punca Beliau Dan Aiman Hakim Putus Cinta

Hiburan

Nur Fathia Tepis Gosip Ayda Jebat Punca  Beliau Dan Aiman Hakim Putus Cinta

Kami tahu kisah cinta Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza sudah lama tamat, tetapi  baru-baru ini timbul gosip kononnya Ayda Jebat adalah punca mereka berdua putus cinta.

Advertisement

Meskipun Ayda pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai percintaan Fathia dan Aiman, ada lagi sesetengah pihak yang tidak puas hati dan mahu Fathia ataupun Aiman sendiri tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Semalam menerusi portal Berita Harian, Fathia turut  menafikan gosip tersebut dan menganggap mereka berdua sudah tiada jodoh.

Sepanjang kami berkawan, Aiman cukup baik dan seorang lelaki budiman. Saya juga kenal dengan Ayda dan dia juga kawan seperjuangan yang baik. Cerita itu cuma khabar angin saja. Lagi pun jika sudah ditakdirkan setakat itu saja hubungan kami, saya tidak boleh buat apa-apa. Saya sendiri reda kerana percaya setiap insan ada jodoh masing-masing.

Fathia kini ingin meneruskan hidupnya dengan tenang tetapi tidak mahu bermusuh dengan Aiman walaupun apa sahaja yang berlaku.

Biar apa yang berlaku, dia tetap sahabat saya. Kami masih boleh berkongsi cerita atau bertukar pandangan terutama berkaitan kerja. Hidup perlu diteruskan.

Dalam hidup ini untuk apa kita mencari musuh . Kalau tidak bercinta apa salahnya kalau kita kekalkan hubungan baik sebagai seorang sahabat sahaja?

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...