January 27th, 2016

Disaat hubungan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia putus buat kali kedua, pelbagai spekulasi yang tercetus. Malah, kedua-duanya juga enggan menjelaskan punca sebenar mereka berpisah sedangkan sebelum ini hubungan mereka nampak agak baik.

Namun, timbul dakwaan mengatakan Ayda Jebat adalah orang ketiga yang menyebabkan Aiman dan Fathia memutuskan percintaan mereka yang  terjalin lebih daripada 3 tahun lamanya.

Walaubagaimanapun, Ayda menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan beliau tidak tahu apa yang berlaku akan hubungan Aiman dan Fathia.

Saya tidak tahu-menahu langsung mengenai apa yang berlaku dengan hubungan mereka, malah saya tidak ada masalah dengan kedua-duanya. Saya juga tidak pernah berhubungan dengan Aiman selepas kami selesai berlakon bersama dalam drama bersiri, Isteri Separuh Masa.

Buat Ayda tuduhan sebegitu tidak berasas dan mempercayai ada pihak yang cuba untuk memburukkan namanya.

Saya tahu siapa diri saya dan saya yakin peminat juga faham dengan dakwaan seperti ini. Saya harap perkara ini tidak dibangkitkan lagi.

Agak berat juga tuduhan yang dilemparkan kepada Ayda. Nampaknya aktres ini seakan tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan mana-mana aktor yang berlakon dengan dirinya.

Sumber Berita: BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...