Pelakon Norman Hakim bersuara selepas anak gadisnya, Marissa Dania teruk dihentam gara-gara isu menjadi ‘penyondol’ suami orang sehingga menyebabkan perceraian.
Kata aktor berusia 47 tahun itu, dia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai teguran buatnya dan keluarga.
Terima kasih kepada yang ambil berat atas ‘ujian’ buat keluarga saya baru-baru ini. Insya-Allah, ‘gerak hati’ dari-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku.
Tambah Norman, dia gembira membaca semua komen yang diberikan meskipun berbaur emosi dan kebencian namun menganggap sebagai teguran terbaik untuknya sekeluarga perbaiki kelemahan serta kesilapan.
Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya sekeluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka utk kembali ke jalanNya.
Terdahulu, Marissa juga telah memberi penjelasan daripada pihaknya sendiri menerusi Instagram dan meminta orang ramai untuk tidak menyalahkan kedua ibu bapanya atas apa yang berlaku.