Pelakon jelita Nora Danish khabarnya telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Sinovac bertempat di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada Isnin lalu.
Ujar Nora, dia masih belum merasakan sebarang kesan sampingan yang teruk selepas menerima vaksinasi tersebut.

Tidak Alami Sebarang Simptom, Nora Danish Disahkan Positif COVID-19
Nora sebelum ini telah disahkan positif COVID-19 selepas mempunyai kontak rapat dengan individu dalam kategori C pada awal Mei lalu.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelakon Ifa Raziah membatalkan temujanji vaksin selepas dimaklumkan bahawa dia akan menerima vaksin jenis Sinovac dan bukan Pfizer seperti yang diinginkannya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.