Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tidak Alami Sebarang Simptom, Nora Danish Disahkan Positif COVID-19

Nora Danish

Pelakon cantik, Nora Danish mengumumkan di laman Instagram bahawa dirinya disahkan positif COVID-19.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif memaklumkan bahawa dia pergi menjalani ujian calitan semalam selepas mendapati dirinya merupakan kontak rapat bagi kategori C.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Difahamkan bahawa pelakon itu kini sedang menjalani kuarantin kendiri sendiri di rumah sehingga mendapat arahan seterusnya daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sekarang Nora kuarantin kendiri di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR Test jam 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua ya.”

Dia dalam pada itu turut memohon sesiapa yang bertemu dengan dirinya sekitar 4hb hingga 8hb Mei untuk melakukan ujian calitan.

View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Nora juga memohon maaf di atas kesusahan yang timbul akibat daripada hasil ujian yang didapatinya itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. Anonymous

    May 10, 2021 at 10:09 am

    Nmpk kn x ikut sop!!!

  2. ain suzana

    May 10, 2021 at 8:45 am

    cerita kuarantin di rumah ni benda dah lama..tak kan tatau lagi si anonymous ni…duduk planet mana

    • Anonymous

      May 10, 2021 at 3:09 pm

      planet mana tak tau lah, kot2 baru pulang dari kayangan, selamat hari rayaaaa

  3. Anonymous

    May 10, 2021 at 5:38 am

    Tak payah duduk di hospital ke? Pelik. Duk umah aja?

    • Salam ramadhan

      May 10, 2021 at 8:26 am

      yang takde simptom mmg kne ddk rumah je takyah pelik sgt ngok, banyakkan membaca.. salam ramadhan

    • mimi

      May 10, 2021 at 2:28 pm

      bukan semua kuarantin duduk hospital. depends assesment ikut jabatan kesihatan negeri masing2 kot. stage 1,2, 3 kat pusat kuarantin. stage 4,5 berisiko kat hospital. kalau stage 1,2 without simtpom was advised to self isolate at home je

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top