Ramai peminat mula tertanya apakah status hubungan mereka dan terbaru menerusi portal mStar Online, Nora mengesahkan hubungan mereka sudah berakhir. Keputusan untuk berpisah telah dibuat atas persetujuan mereka demi kebaikan bersama. Kata Nora, cinta tidak semestinya dimiliki.
Sering dilihat sebagai pasangan yang cukup mengasihi di antara satu sama lain, Nora bagaimanapun tidak mahu mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.
Hmm… Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki.
Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang.
Cuba untuk tabahkan diri menempuhi kehidupan,  masing-masing mengambil pendekatan untuk memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim.
Peminat Nora Danish pasti sedih dengan perpisahan pasangan sweet ini. Iyalah, selama ini kita sendiri boleh lihat betapa loving dan caring Nedim terhadap beliau tetapi apa lagi yang boleh kita buat, jodoh mereka cukup sampai di sini sahaja. Bak kata Nora, macam mana kita cintakan seseorang itu tidak semestinya kita akan memiliki mereka.