Written by AbangNara | August 18th, 2015

Fuh!!! Agak sedih sekiranya desas-desus yang sedang bertiup kencang ini adalah satu kenyataan. Mana tidaknya, pasangan sweet Nora Danish dan Nedim Nazri dikatakan sudah pun putus cinta. Persoalan ini mula ditimbulkan menerusi satu ruangan di Utusan Malaysia yang kehairanan apabila Nora Danish sudah mulai jarang berkongsi gambarnya bersama Nedim. Malah kelihatan juga beberapa komen yang seolah-olah mengiyakan desas-desus perpisahan pasangan secocok ini.

nora danish dan nedim nazri berpisah

Selain itu Nedim juga dilihat memuatnaik beberapa gambar dengan ‘quote’ yang kelihatan puitis dan membayangkan kekesalan. Tidak pula dipastikan sama ada ia ditujukan kepada Nora Danish. Sukar mahu membuat kesimpulan kerana kedua-duanya mengambil langkah berdiam diri.

nora danish dan nedim nazri berpisah

Namun begitu, sama-samalah kita doakan agar desas-desus ini palsu. Rasa rugi pula apabila sebegitu lama menjalin cinta dan perhubungan terlerai di tengah jalan. Pasti ada jalan penyelesaian sekiranya berlaku salah faham. Mungkin Nora dan Nedim boleh bawa berbincang terlebih dahulu?

nora danish dan nedim nazri berpisah

Abang Nara yakin para peminat yang menggemari pasangan kekasih ini akan kecewa sekiranya desas-desus ini benar. Kita nantikan penjelasan daripada mereka. Buat masa ini, silalah bersabar dan doakan yang terbaik.

P.S: Pembaca BeautifulNara yang disayangi. Apakah yang anda akan lakukan pada hari Jumaat (21 Ogos) kira-kira jam 4.30 petang? Tak buat apa-apa? Bagus!!! Sebab Abang Nara nak ajak korang join event pelancaran kad KA$H di KL Live.

Bukan sahaja makan minum disediakan, tetapi hadiah-hadiah yang bakal diberikan sempena pelancaran kad ‘hybrid’ KA$H ini sangatlah awesome. Ada iPad, iPhone dan banyak lagi. Mana tahu hari itu adalah hari bertuah korang. Murah rezeki dapat gadjet baru nanti. Hehehe.

nora danish dan nedim nazri berpisah

Selain itu ada juga persembahan daripada Asfan Shah dan Drama Band yang pasti akan menggegarkan KL Live. Paling penting, Abang Nara pun turut sama akan hadir. Boleh kita beramah mesra dan berborak. Lama tak jumpa pembaca-pembaca tercinta. Nanti kita selfie ramai-ramai. Hehehe.

Berminat? Meh daftar di sini. Kita jumpa di sana!!!

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.