Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nora Danish Kini Bawa Nedim Nazri Sebagai Bodyguard Sebagai Langkah Keselamatan

Untungnya Nedim Nazri dapat jadi bodyguard Nora Danish. Abang Nara rasa kalau peluang pekerjaan sebagai bodyguard pelakon comel ini dibuka kepada umum, mahu ratusan ribu jejaka di luar sana yang akan apply. Tiap-tiap hari dapat tengok muka Nora Danish. Siapa yang tak nak kan? Kini Nedim bukan sahaja kekasih Nora Danish, malah turut sama memainkan peranan sebagai bodyguard. 2 in 1 lah kiranya nie.
nora danishKehadiran Nedim sebagai bodyguard ini adalah kerana isu video ISIS yang memaparkan wajah Nora Danish baru-baru ini. Kalau Abang Nara pun confirm cuak jugak. Iyerlah keselamatan di Malaysia ini sudah berada di tahap kritikal. Alang-alang kalau mampu, baiklah pasang bodyguard. Kata Nora:-

Saya bawa dia sebagai bodyguard (pengawal keselamatan) ketika berada di luar kerana ia merupakan langkah berjaga-jaga untuk saya kerana masih bimbang dengan kes ugutan yang diterima dulu.

Sebenarnya saya takut nak ke mana-mana kerana isu tersebut tetapi kalau boleh tidak mahu fikirkan sangat. Dulu saya keluar bersama pembantu perempuan sahaja tetapi kali ini ada lelaki yang teman jadi ia akan membuatkan saya rasa lebih selamat dan dia boleh bantu jika sesuatu yang terjadi

Advertisement

nora danish

Sambil jadi bodyguard, sambil dapat ber’dating’. Bijak juga tindakan Nora Danish membawa Nedim untuk menjaga keselamatannya. Sambil menyelam minum air. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top