Susulan Gambar Diguna Di Dalam Video Ugutan, Nora Danish Akan Buat Laporan Polis

Hiburan

Susulan Gambar Diguna Di Dalam Video Ugutan, Nora Danish Akan Buat Laporan Polis

Abang Nara tertanya-tanya mengapakan gambar Nora Danish yang menjadi pilihan 4 pemuda yang menggelar diri mereka Anak Muda Malaysia. Kenapa tidak gambar Hanez Suraya? Amyra Rosli? Nur Fathia? Mungkin apabila mereka tertangkap nanti, persoalan ini akan terjawab. Video berdurasi 1 minit ini memberi amaran akan membuat bantahan terhadap sistem demokrasi Malaysia yang dikatakan telah hancur dengan cara membakar mercun di mahkamah pada jam 11.30 malam bertarikh 18 Februari ini.

Walaupun Abang Nara ada tergelak kecil ketika menonton video mereka, perkara ini sebenarnya amat serius kerana ia mengancam keselamatan negara. Malah nama baik Nora Danish juga boleh tercalar kerana penggunaan gambarnya. Susulan itu, pelakon tersebut bakal membuat laporan polis tentang perkara ini. Kata Nora Danish:-

Advertisement

Berita ini saya dengar melalui rakan tengah hari tadi. Saya sendiri sudah menonton video berkenaan. Jelas mereka tidak menyebut nama saya. Malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan saya.

Cuma kelihatan di dalam video itu gambar saya dipegang oleh mereka. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Cuma yang saya boleh katakan saya akan buat laporan polis sekejap lagi

nora danish Semoga perkara ini akan dapat diselesaikan dengan segara dan tangkapan akan dilakukan dengan kadar segera oleh Polis Diraja Malaysia. Kita semua pun tahu akan kecekapan pihak polis dalam menangani isu sebegini. Kepada Nora Danish, diharap bersabar. Mungkin kecomelan anda membuatkan mereka memilih gambar anda untuk diabadikan di dalam video ini. Sumber Berita Harian.

P.S: Kristal yang amat menakjubkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...