Nora Danish Akui Rumah Tangga Sedang Bergolak, Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Nedim – “Bukan Sebab Orang Ketiga”

Hiburan

Nora Danish Akui Rumah Tangga Sedang Bergolak, Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Nedim – “Bukan Sebab Orang Ketiga”

Pelakon jelita, Nora Danish mengesahkan rumah tangganya bersama Nedim sedang bergolak dan mereka berdua kini tidak lagi sebumbung.

 

Advertisement

Memerlukan ruang

Kata Nora, pada masa yang sama projek ubah suai rumah mereka ada masalah jadi masing-masing kini tinggal di rumah ibu bapa.

Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin. Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang memerlukan ruang, itu lumrah.”

nora nedim

Tambah aktres berusia 42 tahun itu, mereka berdua sedang mencari jalan terbaik dan perceraian adalah jalan terakhir kerana perlu memikirkan anak-anak.

Tetapi, saya tidak menidakkan memang berlaku pergolakan. Walaupun tinggal berasingan, kami masih berhubung setiap hari. Saya tetap hormatinya sebagai suami.”

 

Bukan sebab orang ketiga

Bagaimanapun, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif berkata pergolakan yang berlaku rumah tangganya itu bukanlah disebabkan kewujudan orang ketiga.

Masalah ini bukan berpunca sebab Nedim tidak memahami kerjaya saya. Dari dulu dia sangat memahami dan bukan juga sebab orang ketiga. Perceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Terdahulu, khabar angin tentang pergolakan rumah tangga Nora dan usahawan tersebut mula menjadi bualan sejak Aidilfitri baru-baru ini apabila mereka dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama-sama.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun. Nora dan Nedim juga masing-masing mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

8 months ago

“Awak Tahu Apa Akan Jadi Pada Awak Kalau Nama Isteri Saya Dipetik” - Tiba-Tiba Nama Nora Danish Terpalit Isu Aliff Aziz, Nedim Beri Amaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...