“Awak Tahu Apa Akan Jadi Pada Awak Kalau Nama Isteri Saya Dipetik” – Tiba-Tiba Nama Nora Danish Terpalit Isu Aliff Aziz, Nedim Beri Amaran

Hiburan

“Awak Tahu Apa Akan Jadi Pada Awak Kalau Nama Isteri Saya Dipetik” – Tiba-Tiba Nama Nora Danish Terpalit Isu Aliff Aziz, Nedim Beri Amaran

Suami kepada pelakon jelita, Nora Danish iaitu Nedim meluahkan rasa kurang senang apabila nama isterinya tidak semena-mena dipetik dan terpalit dalam kontroversi membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz.

Menerusi Instagram story, lelaki berusia 41 tahun tersebut yang sudah lama tidak aktif di media sosial akui dia perlu menggunakan laman Instagram itu kali ini selepas nama Nora terpalit.

Advertisement

 

Hebat betul Aliff Aziz

Nedim mempersoal tentang ‘kehebatan’ Aliff Aziz sehinggakan nama Nora turut terpalit dalam kontroversi yang tular sejak minggu lalu namun tegasnya, mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk melibatkan isterinya dalam isu ini.

Saya nak tanya, hebat betul Aliff Aziz ni sampai nama isteri saya terpalit? Bagi saya, saudari saudari jangan petik nama isteri saya dengan senang.

nedim

 

Siapa petik, terima akibat

Tambah Nedim dalam hantaran itu, mana-mana pihak yang tetap melibatkan isterinya selepas amaran ini akan menerima akibatnya.

Kalau tak bersalah, baik diam. Awak tahu apa akan jadi pada awak (jika nama Nora dipetik lagi selepas ini). Sekian.

nedim

Terdahulu, nama Nora dan rakan aktres Tiz Zaqyah turut terpalit selepas disebut dalam perbualan di antara seorang individu dan Sarah Yasmine.

Ia ditularkan individu tersebut yang membuat pendedahan mendakwa Sarah gila ‘fame’ dan selebriti.

sarah yasmine
1 week ago

"Penyondol Acah Innocent, Terbukti Gila Fame Dan Gila Celebs" - Kali Ini Kisah Sarah Yasmine Pula 'Dilondehkan'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...