May 21st, 2015

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa aktres Rita Rudaini didakwa sering diganggu oleh seorang individu sehingga menjejaskan rutin hariannya. Tidak mahu terus diperlakukan demikian, Rita telah mendedahkan nombor telefon tersebut di laman Instagram miliknya dan ternyata ia sebenarnya nombor telefon bimbit milik isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal.

Tindakan Rita yang mendedahkan nombor telefon tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada pengikut beliau dan juga pengikut Zarema di Instagram.

Susulan isu panas tersebut, Aidil telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan beliau baru sahaja selesai membuat laporan polis. Kapsyen “ wait and see” di foto itu juga mencetuskan pelbagai tanda tanya.  Walaubagaimanapun, ramai yang dapat merasakan ia di tujukan buat Rita kerana isu yang sedang hangat sekarang ini.

Adakah benar laporan polis tersebut dibuat terhadap Rita Rudaini?  Apa pula motif Zarema Zainal untuk terus menghubungi dan menganggu Rita sedangkan hubungan beliau bersama Aidil sudah lama berakhir?  Sama-sama kita nantikan kemaskini terkini mengenai mereka.


Comments are closed.

Loading...