Satu ketika dahulu, Nina Iskandar pernah tampil begitu manis, ayu dan jelita dengan imej bertudung. Malah Nina juga pernah membicarakan tentang penghijrahannya yang selari dengan tuntutan pemerintah negara kelahirannya, Brunei. Ketika itu hidup Nina tampak bahagia, lebih-lebih lagi apabila dirinya menjadi tunangan orang. Namun selepas menunjukkan ‘preview’ dengan gambar tidak bertudungnya baru-baru ini, kini Nina Iskandar menerusi akaun Instagramnya jelas menunjukkan imej barunya yang sudah tidak lagi berhijab.
Agak sedih juga apabila daripada bertudung tiba-tiba tak bertudung pula. Namun kita tak tahu apa yang terjadi di dalam kehidupan Nina. Bak kata orang, kalau nak berhijrah, nak buat baik, hati kena betul-betul ikhlas. Bukan atas paksaan, bukan atas trend atau bukan kerana nak mengikut-ngikut. Mungkin hati Nina Iskandar masih tak cukup kuat untuk penghijrahan yang sebenar.
Semoga Nina Iskandar akan diberi kekuatan sekali lagi untuk berhijrah dan menutup aurat di masa hadapan. Kalau boleh untuk selebriti-selebriti yang nak berhijrah, tak perlulah pung-pang sembang kencang. Tirulah Yana Samsudin yang tup-tup bertudung dan tak kecoh mana. Dan lepas berhijrah tue tak perlulah sembang benda agama, benda baik macam diri kita perfect sangat di laman sosial. Nanti jadi macam ini, siapa yang terasa pedasnya? Tak gitu? Lagi beberapa gambar Nina Iskandar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.