Korang dah ada holiday plan belum untuk cuti sekolah nanti? Yela, lagi berapa bulan je dah nak habis sekolah, takkan nak biar anak tinggal kat rumah je? Boringlah diorang.
Lepastu, asyik tinggal kat kampung je, hmm kesian dekat mak ayah nak kena jaga. Apa kata, tahun ini korang pergi bercuti luar negara. Barulah best!
Risau pasal harga? Jangan takut, min suggest korang tempat yang murah, best dan lain daripada orang lain tau.
Kali ini, kami suggest korang bercuti di Auckland,New Zealand. Mesti korang jarang dengar kan?
Dekat sana banyak tempat yang menarik dan best untuk korang spend time bersama keluarga. Meh sini, kami share tempat yang korang mesti lawati di Auckland.
Luangkan Masa Bersama Dengan Hiking Di Auckland!
Antara aktiviti yang seronok dilakukan di Auckland adalah hiking. Di sana, banyak tempat yang sesuai untuk korang sekeluarga cuba. Ini 4 tempat yang kami cadangkan untuk try:
Rangitoto Summit Track
Tempat ini mengambil masa 25 minit dari bandar Auckland. Trek sepanjang 7km ini mengambil masa lebih kurang 2 jam bagi laluan 2 hala. Ia berada di tahap mudah untuk semua peringkat umur mencuba.
Apa yang menariknya disini, korang boleh mendaki sambil melihat pemandangan bandar Auckland yang cantik.
Bukan tu je, sepanjang perjalanan mendaki, korang juga dapat melalui kawasan tapak gunung berapi yang masih dijaga. Ia merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin boleh lupa untuk anak korang. Yelah, dekat Malaysia mana ada gunung berapi.
Te Henga Walkway
Te Henga Walkway ini terletak di antara Bethells dan Muriwai. Ia mengambil masa 30 minit dari bandar Auckland. Boleh katakan, ia adalah satu trek yang lawa untuk korang cuba. Sebab apa?
Trek Te Henga Walkway ini berhampiran dengan laut, jadi pemandangan tu memang lawalah. Dengan tiupan angin laut, memberi suasana yang berbeza.
Korang kalau yang selalu hadap jam tu, datang ke sini, confirm boleh release stress. Tenang je sepanjang trek 8km ni. Orang kata healing jiwa. Ceh!
Coast to Coast Walk
Kalau tadi kami kata trek paling lawa, ini pula trek paling panjang di Auckland. Treknya sepanjang 16km dan mengambil masa 4 hingga 5 jam. Perghh!
Nak tahu kenapa panjang dan lama?
Sebabnya adalah trek ini melalui keseluruhan bandar Auckland. Jadinya ia ibarat korang menjelajah kesemua kawasan yang ada di Auckland. Wow, bestnya!
Sepanjang perjalanan, korang dapat melawat pelbagai tempat seperti tapak bersejarah Auckland serta urban landscape yang ada disana. Bukan itu je, korang turut dapat melihat dan merasai pengalaman melalui kawasan bekas tampal gunung berapi.
Trek ini akan bermula dari Waitemata Harbour dan berakhir di Manukau Harbour. Ia bakal memberi satu pengalaman yang berbaloi serta menarik untuk korang semua.
Rotoroa Island
Pulau ini mengambil masa 75 minit dari bandar Auckland dengan menaiki feri. Pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan di sana seperti berkelah, melihat spesies burung yang unik serta melawati tempat bersejarah di Rotoroa Island.
Selain itu, is turut mempunyai trek yang sesuai bagi semua peringkat umur untuk menjelajah dan menikmati keindahan pulau ini. Trek yang kami maksudkan adalah The North Tower Loop yang mengambil masa 45 minit untuk menghabiskannya.
Ia melalui pelbagai kawasan yang menarik di Rotoroa Island seperti pantai, wetland dan juga hutan. Di sini juga korang boleh melihat karya seni Chris Booth iaitu pengukir terkenal di New Zealand.
Jelajahi Keindahan Pantai Di Auckland!
Kalau korang bukan peminat hiking, jangan risau. Di Auckland, terdapat beberapa pantai yang cantik untuk korang sekeluarga menikmati keindahan alam semulajadi.
Kebanyakkan pantai ini terletak di bahagian barat bandar Auckland dan mengambil masa 30 minit untuk sampai. Jom kami cadangkan pantai yang korang patut pergi:
Karekare Beach
Boleh dikatakan pantai adalah yang paling lawa dalam senarai kami cadangkan. Kenapa paling lawa?
Sebab kebanyakkan kawasan serta pemandangan di pantai ini terjadi dengan semula jadi. Air pantai juga kelihatan seperti cermin tau. Memang sesuai untuk jadi instagram spot lah!
Korang tahu tak pantai ini sebenarnya, salah satu tempat shooting filem The Piano. Eh bukan calang-calang tau, sebab filem tu menang Oscar Awards. Jadi, make sure korang add to list pantai ni sebagai destinasi pilihan korang di Auckland.
Piha Beach
View this post on Instagram
Kalau korang suka surf, Piha Beach memang jawapannya. Pantai ini menjadi tumpuan buat peminat aktiviti surfer disebabkan ombaknya yang sesuai bagi aktiviti lasak ini.
Jangan risau, bukan setakat surfer, korang boleh berkelah dan mandi di pantai sambil menikmati keindahan pantai Piha.
Dekat Piha Beach, korang wajib pergi ke Lion Rock. Ia adalah pulau kecil yang terletak di tengah pantai Piha. Tempatnya memang lawa and view dia sumpah superb!
Muriwai Beach
Selain dari Piha Beach, Muriwai juga antara tempat favourite bagi peluncur air. Dengan 60km panjang pantai tanpa ada gangguan membuatkan Muriwai Beach, the most spectacular black-sand surf beaches.
Pantai ini turut memberi pemandangan yang cantik. Korang boleh pergi ke gannet colony iaitu platform area untuk menikmati serta bergambar bersama keluarga berlatar belakangkan Muriwai Beach. Perghh, gambar confirm lawa!
Berseronok Dengan Aktiviti Di Auckland!
Hiking sudah, pantai sudah, kalini kami suggest aktiviti yang korang boleh try semasa di Auckland.
Sky Tower Auckland
Kalau dekat Malaysia, kita ada Menara Kuala Lumpur. Di New Zealand, ada Sky Tower Auckland yang wajib korang pergi. Nak tahu kenapa?
Sebab Sky Tower Auckland adalah bangunan paling tertinggi di New Zealand tau. Pelbagai aktiviti yang best dan mencabar yang korang boleh buat di sana. Korang boleh tengok pemandangan bandar Auckland 360 darjah tau. Memang puas hatilah!
Kalau korang jenis sukakan ketinggian, kami suggest try bungee jumping di Auckland Harbour Bridge. Cuma 5 minit je dari Sky Tower. Kat situ korang boleh buat aktiviti bungee jumping dan juga bridge climb. Balik Malaysia nanti, bolehlah show off dengan makcik-makcik.
Kayak Ke Pulau Rangitoto
Kebiasaannya orang berkayak di tasik ataupun kawasan yang kecil saje, namun di Auckland, korang boleh berkayak ke pulau. Perghh!
Lagi-lagi kalau berkayak waktu sunset, sumpah view lawa. Mana nak dapat peluang macam ni kan? Semua hanya di Auckland saje.
Korang tak perlu risau fasal keselamatan sebab pihak penjaga akan mengawasi korang sepanjang perjalanan dari awal hingga tiba di Pulau Rangitoto.
Di Rangitoto, pelbagai aktiviti korang boleh buat seperti bbq sambil menikmati keindahan pulau.
Whale & Dolphin Safari
Korang berpeluang melihat serta belajar tentang ikan paus dan dolphin dengan lebih dekat serta terperinci. Memang best bagi anak korang belajar dan mengenali haiwan terancam ni.
Apa yang menarik, korang akan dibawa menaiki feri selama 4 jam setengah untuk melihat ikan paus dan dolphin dengan lebih dekat. Aktiviti ini mampu memberi pengalaman serta kenangan yang bermakna buat diri korang sekeluarga.
Nikmati Promosi Percutian Di Auckland Dengan AirAsia
Korang tahu tak yang AirAsia buat promosi bercuti di Auckland serendah RM1199. Serious ah?
Iya, promosi ini bermula dari 7 hingga 13 Ogos 2023. Korang kena tempah tiket dalam tempoh waktu tersebut melalui airasia Superapp.
View this post on Instagram
Korang boleh buat penerbangan ke Auckland dari sekarang sehingga 31 Mac 2024. AirAsia X menyediakan penerbangan 3 kali seminggu ke Auckland tau. Jadi tak perlu risau, cuma tempah sekarang dan bercuti kemudian.
Owh, kalau korang nak upgrade ke premium pun boleh. AirAsia turut memberi harga promosi premium flatbed RM5029 je. Murah kan?
Jadi tunggu apa lagi, muat turun airasia Superapp secara percuma di Playstore dan Apple Store. Buat tempahan dan nikmati pelbagai diskaun dari AirAsia.
Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan info terkini, layari laman sosial rasmi AirAsia di Facebook dan Instagram.