Jom Melancong Ke Sydney! Nikmati Pantai Bondi & Mengembara Di Sand Dunes Dengan Harga Promo AirAsia, RM699 Je!

Branded

Jom Melancong Ke Sydney! Nikmati Pantai Bondi & Mengembara Di Sand Dunes Dengan Harga Promo AirAsia, RM699 Je!

Macam mana korang enjoy percutian?

Bagi kami percutian yang bermakna tu ialah bebas daripada dunia sosial media. Kami suka merakam momen-momen indah daripada lensa kamera sama ada dalam bentuk gambar atau video, kerana setiap daripadanya mempunyai ‘cerita’ yang tersendiri.

Bagi kami gambar yang dirakam dan dibukukan dalam sebuah album akan jadi lebih bermakna. Mungkin sebab kami ni orang ‘lama’, jadi cara kami menikmati percutian pun berbeza.

Sampailah baru-baru ni kami tonton video promosi AirAsia “More To Love in Sydney”, terus rasa macam nostalgianya video ni!

Memandangkan kami di dah lama teringin Australia terutama sekali ke Sydney dan New South Wales. Jom kami kongsikan antara aktiviti menarik yang korang boleh lakukan ketika melancong di sana.

Terokai Sydney & New South Wales dengan pengembaraan memukau!

Sand Dune Adventures in Port Stephens

Sand Dunes, Sydney

Korang suka buat aktiviti lasak? Suka “ride”? Sand Dune Adventures memang pilihan tepat buat korang. Kawasannya yang penuh dengan padang pasir ini, memang lawalah. Lebih-lebih lagi, ia terletak di tepi laut dan merupakan gurun pasir terbesar di hemisfera selatan. Sekali pandang nampak macam Gurun Sahara.

Puncak bukit pasir tertinggi yang mencapai ketinggian 30 meter tau. So, korang boleh menikmati pemandangan 360 darjah daripada puncak serta menelusuri keindahan Lautan Pasifik sambil menunggang quad bike. Aktiviti ni macam korang naik ATV je cuma quad bike ini low-pressure tayar. Selain tu, korang juga boleh buat aktiviti seperti sandboarding. Memang awesome lah!

Barrenjoey Lighthouse Walk in Sydney

Lighthouse, Sydney

Nak aktiviti yang chill dan boleh healing? Apa kata korang ke Barrenjoey Lighthouse Walk. Kat sini korang dapat menghayati keindahan Palm Beach sambil menghirup udara segar Sydney.

Terdapat 2 track yang korang boleh cuba. First, ada Smugglers Track sepanjang 400 meter, ambil masa 10 minit untuk habiskan perjalanan. Kedua ada Access Trail, sepanjang 800 meter dan mengambil masa 15 minit.

Kedua-dua track ini mempunyai laluan yang mencabar dan keseronokkan yang tersendiri. Jadi, kalau korang pergi sana, korang pilih track yang mana? Ke dua-dua korang try?

Hot Air Balloon, Hunter Valley

Hot Air Balloon

Boring asyik aktiviti dekat darat je? Kami suggest korang try aktiviti di udara pula dengan ‘terbang’ bersama hot air balloon di langit Sydney.

Korang boleh layari Balloon Aloft untuk check pakej yang ditawarkan. Mereka ada 5 lokasi untuk menaiki hot air balloon ini. Bukan itu je, korang boleh rasai experience bagaimana pengurusan hot air balloon sebelum bergerak dan selepas mendarat. Paling best siap ada sarapan buat penumpang yang join trip tau. Tak rugi langsung!!

Hayati Kesenian & Gaya Hidup Masyarakat Sydney

Sydney Opera House

Sydney Opera House

Tak lengkaplah travel korang kalau tak pergi dekat sini. Korang tahu tak yang Sydney Opera House adalah lambang ikon Sydney tau. Simbol keajaiban pembinaan dunia moden ini terletak di Perlabuhan Sydney, Bennelong Point.

Pelbagai aktiviti yang korang boleh buat dekat sini, paling wajib mestilah “OOTD”. Bak kata influencer “followers wajib tahu”.

Sydney Harbour Bridge

Sydney Harbour Bridge

Kalau dekat Malaysia, Jambatan Putrajaya memang famous untuk jadi port “OOTD”. Tapi kalau di Australia, Sydney Harbour Bridge jawapannya. Korang tahu tak yang Sydney Harbour Bridge ini merupakan jambatan keluli terbesar di dunia tau. Paling best, korang boleh boleh ‘panjat’ gerbang ni bersama dengan BridgeClimb Sydney.

Kalau korang datang masa malam tahun baru, lagi best! Sebab akan ada percikan bunga api yang korang boleh saksikan daripada jambatan tu.

Pemandangan waktu malam di sini pun sangat memukau. Rugi kalau korang lepaskan peluang untuk snap gambar banyak-banyak dan buat video TikTok kat situ.

Bondi Beach

Bondi Beach

Korang nak pergi pantai tapi nak dekat dengan bandar? Senang je, korang pergi Bondi Beach. Cuma 15 minit je dari bandar Sydney. Pantai pasir yang putih dan air laut yang membiru, membuatkan pantai ini sentiasa dipenuhi pengunjung.

Bila sebut pasal pemandangan, Bondi Beach ni memang lawa sangat. Pemandangan dekat sana memang susah nak dapat dekat Malaysia.

Dekat sini, aktiviti meluncur antara paling famous dilakukan. Korang boleh tengok pelbagai aksi dari peluncur air tau dan kalau korang nak join meluncur pun boleh.

Cari ketenangan bersama alam & hidupan liar

The Blue Mountains

Night Sydney

Kredit: Stars In Your Eyes

Bagi korang sukakan kedamaian serta sunyi korang boleh ke The Blue Mountains bagi melihat bintang di malam hari. The Blue Mountains dikenali sebagai destinasi stargazing yang popular kerana langit yang jernih dan tiada cahaya bandar yang mengganggu.

Dengan membawa teleskop atau sekadar melihat ke atas, korang dah boleh tengok langit yang penuh dengan bintang dan buruj bintang yang indah.

Blue Mountain Lookouts, Lincoln’s

Blue Mountains

Kredit: William Patino Photography

Kalau malam melihat bintang, dari Blue Mountain Lookouts, Lincoln’s korang boleh melihat dan mengagumi keindahan Blue Mountains yang megah dengan lembah yang dalam dan tebing-tebing yang curam.

Pemandangan ini menjadi lebih menakjubkan pada waktu matahari terbenam ketika warna-warna jingga dan merah menghiasi langit. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat air terjun yang spektakuler dan habitat semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna yang unik.

Melawat Ladang Tiram di Sydney!

Sydney Oyster Farm Tours adalah satu-satunya pakej pelancongan yang menawarkan pengalaman menarik bagi pengunjung untuk menyaksikan operasi peternakan tiram di Sydney, Australia.

Kat sini korang akan dibawa menaiki bot ke tempat peternakan tiram, melihat tiram diternak malah siap boleh makan tiram fresh dari kawasan korang berada. Best tu!

Berkawan dengan alpaca comel di Iris Lodge!

Australia sangat terkenal dengan kangaroo, tapi kalau ke Sydney pastikan korang tak terlepas untuk melawat Alpaca di Iris Lodge!

Alpaca ni merupakan mamalia yang berasal daripada keluarga kambing. Berbeza dengan kambing, alpaca ni mempunyai raut yang comel seolah tersenyum.

Di Sydney, terdapat beberapa kawasan peternakan alpaca yang memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan haiwan ini, memberi makan, dan mengikuti tour di peternakan untuk belajar lebih banyak tentang haiwan ini yang unik.

Lepas puas ronda, korang juga boleh beli produk-produk seperti pakaian dan aksesori yang dihasilkan dari bulu alpaka yang lembut dan berkualiti tinggi.

Terbang ke Sydney bersama AirAsia Pada Harga Promosi Bermula RM699. Wow!

Seriuslah one-way tiket bermula dari harga RM699 je?

Haaa… Apa tunggu lagi? Tempah tiket korang untuk menikmati percutian idaman di Sydney dan New South Wales DI SINI dan nak lagi mudah layari Sydney.com untuk survey aktiviti menarik yang korang boleh lakukan.

Rancang percutian bersama yang tersayang, rakan-rakan atau ahli keluarga. Tempahan boleh dilakukan melalui aplikasi AirAsia Super App dan laman web!

Tempoh tempahan untuk tiket promosi ini bermula dari sekarang sehingga 9 Julai 2023 dan korang boleh ‘terbang’ bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Mac 2024. Lama tu tempoh sah penggunaan!

Bagi korang yang nak terbang dengan lebih selesa, tempat duduk premium flatbed ditawarkan pada harga bermula RM2,599.

Muat turun aplikasi AirAsia hari ini melalui App Store, Play Store atau HUAWEI App Gallery.

Sydney dan New South Wales menanti anda. Ketahui lebih lanjut tentang Sydney di Sydney.com.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...