Nike Dan Adidas Bersama-Sama Menzahirkan Tentangan Terhadap Krisis Perkauman Di Amerika Syarikat

Trending

Nike Dan Adidas Bersama-Sama Menzahirkan Tentangan Terhadap Krisis Perkauman Di Amerika Syarikat

Jenama pakaian sukan ternama, Nike semalam telah mengumumkan kempen Don’t Do It, bagi meredakan ketegangan krisis perkauman yang sedang hebat melanda Amerika Syarikat ketika ini.

Ketegangan tersebut terjadi berikutan kematian George Floyd di tangan seorang anggota polis berkulit putih di Minneapolis yang berlaku awal minggu ini. Dek kerana itu, Minneapolis dipenuhi dengan tunjuk perasan yang kini bertukar ganas dan tidak terkawal akibat ramai yang mahu menuntut bela di atas kematian Floyd.

Advertisement

2 years lalu

(Video) Wartawan CNN Ditahan Dalam Siaran Langsung Ketika Buat Laporan Protes George Floyd

“Buat pertama kali, jangan lakukannya,”

Nike yang dikenali dengan tagline ‘Just Do It’, melalui kempen ini menggesa supaya semua pihak tidak menutup mata mengenai masalah perkauman yang berlaku dan tidak memandang ringan tentang nyawa yang telah terkorban.


Jenama Adidas semalam menzahirkan tanda sokongan ke atas kempen tersebut menerusi akaun rasmi Twitter mereka.


Rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan Adidas dalam mengenepikan persaingan dalam perniagaan bagi usaha ini. Retweet dari Adidas tersebut telah mendapat 161,000 likes dan lebih 70,000 komen.

Walaupun perkara berkenaan mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi retweet dari Adidas ini sebenarnya memberikan impak besar kepada kempen tersebut. Ia menunjukkan ,

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...