(Video) Wartawan CNN Ditahan Dalam Siaran Langsung Ketika Buat Laporan Protes George Floyd

Trending

(Video) Wartawan CNN Ditahan Dalam Siaran Langsung Ketika Buat Laporan Protes George Floyd

Beberapa hari sebelum ini, seluruh dunia dikejutkan dengan paparan video melibatkan kematian seorang lelaki berkulit hitam bernama George Floyd. Pada Isnin lalu, George dilaporkan terlibat dalam satu kejadian dengan Jabatan Polis Minneapolis.

Setelah pihak polis mengesan George yang berada berdekatan keretanya, mereka mendakwa beliau ”menentang pegawai secara fizikal” ketika ditahan dan berkemungkinan berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Advertisement

Rakaman kejadian yang tular menunjukkan George mengerang dan merayu berulang kali ”Tolong, tolong, saya tak boleh bernafas,” kepada seorang anggota polis yang menekan lehernya dengan lutut.

Wartawan CNN ditahan

Kecoh apabila polis di Minnesota menahan seorang wartawan berkulit hitam dari CNN yang melaporkan secara langsung di televisyen pada awal pagi Jumaat. Pada ketika itu, mereka sedang membuat liputan protes Minneapolis atas kematian George Floyd. Insiden itu menyaksikan dia dan tiga lagi krew digari dan dibawa ke satu tempat ketika menjalankan tugas.

Wartawan dikenali sebagai Omar Jimenez digari kemudian diikuti jurukamera dan penerbitnya dengan alasan mereka tidak bergerak ketika diberitahu oleh pihak berkuasa. Namun, mereka kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang tuduhan.

Gabenor Minnesota Tim Walz telah meminta maaf, menyifatkan kejadian itu “tidak dapat diterima”. Dalam video tersebut, Omar menjelaskan dirinya sebagai wartawan CNN dan dapat didengar memberitahu para petugas:

“Kami akan bergerak ke tempat yang anda mahukan di sini. Kami sedang bersiaran langsung sekarang ini.”

Seorang pegawai dengan alat rusuhan kemudian berkata, “Anda ditahan” dan membawanya pergi sambil menggarinya. CNN menyifatkan penangkapan itu sebagai pelanggaran hak “Pindaan Pertama” mereka. Pindaan Pertama terhadap perlembagaan AS melindungi kebebasan bersuara dan berpersatuan.

Minneapolis State Patrol kemudiannya memberitahu telah membebaskan krew yang ditahan selepas memastikan mereka adalah pengamal media. Tetapi Gabenor Walz mengatakan dia akan mengambil “tanggungjawab penuh” untuk kejadian itu.

“Dalam situasi seperti ini, walaupun anda mengosongkan kawasan, kami harus memastikan bahawa ada tempat yang selamat bagi para wartawan untuk menyampaikan cerita. Masalahnya di sini adalah kepercayaan,” katanya semasa sidang media.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...