Pelakon Niezam Zaidi mengharapkan agar dirinya tidak terus dipersalahkan oleh segelintir pihak sebagai punca industri hiburan tidak boleh berjalan seperti biasa susulan insiden ‘hitam’ yang dilaluinya pada Oktober lalu.
Niezam memaklumkan yang dia sudah memohon maaf kepada pihak industri kerana kejadian tersebut berlaku selepas tugasan kerjanya selesai.
Untuk pengetahuan, saya dah habis tugasan masa saya bagi salam di rumah itu. Saya bukan tengah shooting ya.
Tambah Niezam, dia masih berada di set kerana teruja dan berminat untuk mengorek ilmu dengan insan berbakat yang dia kagumi.
Niezam juga sangat mengharapkan peluang serta ruang diberikan kepadanya sekaligus menasihati orang ramai supaya tidak menilai seseorang itu di atas sesuatu perkara sahaja.
Ini adalah kerana, Niezam menganggap yang seseorang itu berkemungkinan sudah cuci tangan apabila diberi peluang kedua untuk memperbaiki diri.
Naik, jatuh, terbaring, meniarap ke, tetap alhamdulillah. Sebab itu saya sentiasa semangat dan sabar, insyaAllah tak akan pernah berhenti.
Menurut Niezam, dia tidak berasa kesal walaupun sedikit dengan apa yang berlaku malah rasa syukur dan reda kerana baginya pengalaman mematangkan kehidupan serta kerjayanya.
Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi juga sempat berterima kasih pada orang terdekat dengannya iaitu keluarga dan sahabat yang banyak memberi sokongan.
Bagi Niezam, pengalaman itu manis baginya walaupun mungkin pada pandangan orang lain pahit tetapi rasa pahit itu kalau ditelan akan jadi ubat juga.
Terdahulu, Niezam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak atas tuduhan memiliki dadah sebelum ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.