Terbaharu, sebuah rumah yang diduduki oleh seorang wanita yang juga merupakan janda muda telah dimasuki penceroboh pada jam 2 pagi dan difahamkan ia berlaku di Jawa Timur.
Difahamkan dari sumber, lelaki tersebut sudah lama plan untuk memecah masuk rumah wanita tersebut kerana sering singgah di rumah rakannya yang juga berhampiran dengan rumah mangsa.
Kejadian memecah masuk rumah dilakukan ketika mangsa sedang tidur, namun menyedarinya beberapa minit kemudian selepas dengar bunyi di sebelah biliknya.
Selepas menyedari rumahnya di pecah masuk, wanita itu cuba untuk mendapatkan connection WiFi, bagaimanapun gagal kerana telefon bimbit dirampas oleh perompak terbabit.
Barangkali bernasib baik, perompak berkenaan berhenti dari mengambil tindakan selanjutnya kerana ‘terpegun’ apabila melihat kaki mangsa tersebut, lalu memohon maaf kepada wanita itu dan pulangkan barang yang dicuri sebelum meninggalkan rumah berkenaan.
Selepas kejadian terbabit berlaku, mangsa sememangnya trauma dan mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada penghulu kampung. Tidak lama kemudian, si pelaku ditangkap serta mengaku akibat terlalu tergoda dengan tubuh badan wanita itu, dia tidak merompak rumah terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.