“Tetamu Tak Bertamadun” – Tuan Rumah Bengang Orang Datang Beraya Buang ‘Pampers’ Tak Balut Plastik Dulu

Kehidupan

“Tetamu Tak Bertamadun” – Tuan Rumah Bengang Orang Datang Beraya Buang ‘Pampers’ Tak Balut Plastik Dulu

Musim perayaan ini pastinya rumah kita akan dikunjungi oleh para tetamu dan sanak saudara yang datang berkunjung untuk beraya.

Namun, dalam keseronokan berkunjung ke rumah terbuka, ada juga tetamu yang mungkin lupa untuk menjaga adab berkunjung ke rumah orang sehingga menyinggung perasaan tuan rumah.

Advertisement

Begitulah yang dialami oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nurin Nor yang meluahkan rasa kecewa terhadap tetamu yang betandang ke rumahnya.

lampin

Bila tetamu tak bertamadun.

Menerusi video tersebut, dilihat tetamu yang datang ke rumahnya telah membuang lampin bayi terus ke dalam tong sampah tanpa dibungkus dahulu dengan plastik bagi mengurangkan bau.

@nurinnor16

#fyp #tiktokmalaysia #raya2022 #ziarahsaudaramara #kitabertamadun #plastikpampers #adabberaya #adabberayadirumahorang

? original sound – ælya – ælya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon, ada yang memahami kekecewaan yang dirasakan tuan rumah dan memberi peringatan kepada tetamu untuk menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang.

Untuk peringatan ibubapa yang ada anak kecik, buang pampers tu dah betul dalam tong, tapi tolong masukkan dalam plastik, bukan buang macam tu je, ikat kemas-kemas. – Pengguna TikTok.

Namun, ada juga yang berharap agar tuan rumah tidak terlalu mengambil hati dengan tetamu yang datang kerana mereka pembawa rezeki.

“Kena la expect benda macam ni akan berlaku bila ada yang ziarah rumah, nak-nak waktu raya & yang ada anak kecik.. sekurangnya dia buang dalam tong sampah bukan bersepah-sepah,” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rumah terbuka tak diundang
7 bulan lalu

Puak Malas Masak Paksa Buat 'Open House', Netizen Anggap Tak Ada 'Common Sense'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    May 13, 2022 at 9:59 am

    Tak semua tetamu memahami protokol rumah kamu kan. Kamu blh saja berikan plastik utk bungkus. Tak perlu viral. Jika dia terlihat posting kamu mustahil dia mahu lg ke rumah kamu. Hilang seirang pembawa rezeki

  2. julajulibintang3

    May 12, 2022 at 8:58 am

    sy kt rumah mmg beli plastik merah yg kecik tu untuk bungkus pampers anak…dari anak 1st hingga no 3…dh bungkus plastik, ikat utk kurangkan bau, baru masuk dlm tong sampah..klu gi mana2, travel @ blk kg, mmg akan bwk plastik merah utk bungkus pampers anak… sbb sy tak suka bau busuk semerbak bau tahi anak…

  3. Anonymous

    May 11, 2022 at 7:40 pm

    Xperlu nk viral pon dia tetamu bawa rezeki nmpak sgt hati 2 xikhlas terima tetamu itu kira ok dia buang lam tong sampah ak pon bkn baik tp ak tgk kes nie kecik aje xperlu lapar like dan komen yer ingt setiap yg dtg bawa rezeki nk erat silatulrahim jgn sb benda remeh byk jiea yg terasa.

  4. Aku

    May 11, 2022 at 3:59 pm

    Dah hilang langsung simpati pada org2 yg ada anak kecik, sedih betul tgk org malaysia skrg. Nnt budak tu dh besar, jadi doktor jadi nurse, kau dh tua kau pulak yg pakai pampers. Raselah kalau kau pulak kena hina mcm ni.

  5. Anonymous

    May 11, 2022 at 2:29 pm

    hmmm tuan rumah pun gunalah otak. depa datang mana nak cari plastik kat dapur. mn nak kejar anak lain. benda basic kot apehal ko tak sediakan siap2 pastu nk viral.. ehhhhh manusia zaman apa macam ni sikit2 post sikit2 viral.

    • Anonymous

      May 11, 2022 at 5:48 pm

      Hei bodoh. Dah tahu nak g rumah org, dah tahu anak kau pakai pampers, bawak plastik siap2. Dtg rumah org, org bagi makan, kau tinggal taik anak kau pulak yer? Kalau tak de plastik, simpan la pampers taik anak kau dlm handbeg ke, kereta ke. Dasar sampah masyarakat. Semua nak org suap. Mcm sendiri tak de otak. Sendiri tak de inisiatif.

    • Engkau panas sgt kenape

      May 12, 2022 at 3:23 am

      Alahai taik xde selepet mana2 pun, ntah2 pampers tu lg wangi dr mulot engkau. Dh jadi pon kan, inisiatif bendenye lg. Mn ade org sempurna. Maybe iniiiiillaahhhh sekali dia xbwk plastik, dh kena cop sampah masyarakat. Kau xtau brape ribu pampers dia dh tukar. Skali skali maybe la terlepas pandang. Cakap mcm la dia letak pampers tu dlm pinggan nasik kau. Dlm tong sampah kan. Kecoh btol. Buat rilek chil2 sudehh

Loading...