Seorang lelaki bernama Hanif berkongsi pengalaman mengecewakan dilaluinya baru-baru ini dengan sebuah bengkel membaiki motosikal.
Menerusi hantaran di Facebook, Hanif berkata dia telah menghantar motorsikalnya untuk major service di bengkel terbabit pada 27 April yang lalu.
Hantar major service lepas tu rosak
Hanif menjelaskan tujuannya memilih bengkel tersebut adalah atas saranan beberapa rakan sekerja selain berniat mahu menyokong perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu.
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Selepas 2 hari major service, enjin motorsikal saya jammed sewaktu pulang bertugas.
Asyik bagi punca rosak yang berbeza
Keesokan hari, bengkel menghantar wakil seorang mekanik ke rumah Hanif untuk memerika motornya dan dia memaklumkan bahawa ada masalah pada bahagian enjin.
Namun katanya, mekanik tersebut memberi alasan punca kerosakan yang berbeza-beza seolah-olah mahu menipunya pula.
Saya beritahu enjin jammed. Dia kata ni masalah bateri. Saya jadi pelik sebab kalau bateri problem, enjin tidak akan mati tiba2. Lepas tukar bateri, tak hidup juga enjin. Dia tikam pulak starter rosak.
Motosikal Hanif akhirnya dibawa ke bengkel dan selepas pemeriksaan lanjut, memang benar katanya tentang motornya mempunyai masalah pada bahagian enjin.
Bagaimanapun, selepas cubaan menipunya sehingga menyebabkan dia kerugian ratusan ringgit, Hanif mendakwa bengkel terbabit tidak mahu bertanggungjawab malah memberikan respon yang tidak profesional.
Setelah proses troubleshoot. Enjin saya mmg jammed. Crank case pecah dan semestinya untuk baik pulih melibatkan kos yang tinggi. Malangnya, pihak bengkel tidak mahu mengambil tanggungjawab walaupun memjanjikan saya warranty selama 2 minggu.
Sementara itu, Hanif berkata dia akan membawa kes tersebut ke Tribunal jika sekiranya dia tidak mendapat respon yang baik daripada pihak bengkel berkenaan.