(VIDEO) “Sudah-Sudahlah Aniaya Orang..” – Peniaga Ditipu Pelanggan Order Untuk 60 ‘Pax’ Tapi Tak Datang

Kehidupan

(VIDEO) “Sudah-Sudahlah Aniaya Orang..” – Peniaga Ditipu Pelanggan Order Untuk 60 ‘Pax’ Tapi Tak Datang

Sepanjang Ramadan ini banyak kes peniuan yang kita dengar berkenaan dengan penjualan makanan sama ada daripada pihak peniaga ataupun pihak pembeli.

Sebelum ini muncul kes di mana peniaga ditipu oleh pelanggan yang menempah untuk makan sebanyak 9 orang tetapi tidak hadir tanpa sebarang makluman kepada pihak peniaga.

Advertisement

Kali ini, lagi sekali kes yang sama berlaku di mana pelanggan telah menempah untuk makan sebanyak 60 orang tetapi tiada seorang pun yang datang ke restoran tanpa memaklumkan kepada pihak restoran terlebih dahulu sehingga kedai ditutup.

Menurut perkongsian TikTok oleh @hsnzahsm, video itu mendapat perhatian ramai apabila penipuan yang sama seperti ini kerap kali berlaku walaupun berada di dalam bulan yang mulia.

Pemilik kepada video itu juga menyatakan pada awalnya pihak restoran bersikap ‘husnuzon‘ dan berfikir bahawa pelanggan tersebut akan datang selepas berbuka. Namun, sehingga kedai ditutup pelanggan langsung tidak muncul dan telah di telefon beberapa kali tetapi tidak diangkat.

Beralih ke ruangan komen, ramai warganet menasihatkan peniaga supaya mengambil wang deposit terlebih dahulu agar perkara yang sama seperti ini tidak lagi berulang dan merugikan pihak peniaga.

2 years ago

(VIDEO) "Bulan Mulia Pun Menipu!"- Lauk Pauk Terbiar, Peniaga Restoran Kecewa Ditipu Pelanggan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...